Raih pingat perak di Sukan Olimpik Kulinari 2024, minyak sawit jadi rahsia kejayaan hidangan.

SUKAN OLIMPIK KULINARI 2024

Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia mencatat kejayaan apabila berjaya meraih pingat perak dalam kategori Restaurant of Nations dan Chef’s Table di Sukan Olimpik Kulinari 2024 yang diadakan di Stuttgart, Jerman, Februari lalu.

18 WAKIL CHEF DARI MALAYSIA

Kejayaan ini adalah hasil daripada keupayaan pasukan yang diwakili oleh 18 orang chef Malaysia dalam menghasilkan hidangan yang memukau. Menggunakan minyak masak berasaskan minyak sawit keluaran Nonosugar Health Tech, iaitu Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90.

TAN SRI ONG P90 & RED P90

Menjadi rahsia di sebalik kejayaan hidangan, ia berjaya menarik perhatian para hakim dengan kombinasi aroma dan rasa luar biasa. Ianya diperoleh hasil penggunaan komposisi unik minyak sawit ini, terdiri daripada 90 peratus Palm Olein dan 10 peratus Extra Virgin Olive Oil.

RASA LEBIH AROMATIK , ENAK & SEMULAJADI

Presiden Persatuan Kulinari Profesional Malaysia, Chef Bob Adnin menekankan bahawa penggunaan Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 memberikan kelebihan ketara dalam masakan mereka.

“Minyak ini menjadikan makanan lebih aromatik, menghasilkan rasa yang enak dan semula jadi yang sukar diperoleh daripada minyak lain.” 

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena meraikan kejayaan pasukan kebangsaan ini yang diadakan di Zuan Yuan Chinese Restaurant, One World Hotel, di sini, baru-baru ini.

-Chef Bob Adnin

PENYELIDIKAN SAINTIFIK SELAMA 50 TAHUN

Majlis berkenaan turut menerima keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Disertai oleh Persatuan Ahli Sains dan Teknologi Minyak Malaysia (MOSTA), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), dan Nonosugar Health Tech.

Presiden MOSTA, Tan Sri Datuk Dr Augustine Ong yang membangunkan Tan Sri Ong P90 berdasarkan penyelidikan saintifik intensif selama 50 tahun. Bahawa minyak ini memiliki banyak kelebihan sebagai minyak masak.

Beliau berkata, ia rendah lemak trans, tinggi kandungan Tocotrienol, dan tahan panas, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis kaedah memasak.

“Tan Sri Ong P90 juga lebih berkesan daripada segi kos berbanding minyak zaitun Extra Virgin dengan manfaat tambahan seperti kandungan Vitamin E yang tinggi,” katanya.

MEMBANTU PARA CHEF HASILKAN HIDANGAN SIHAT

Tahniah kepada pasukan kebangsaan Malaysia atas pencapaian mereka di peringkat antarabangsa. Menekankan bahawa minyak masak keluaran syarikatnya membantu para chef menghasilkan hidangan yang lebih sihat dan mengagumkan barisan hakim di Stuttgart.

-Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nonosugar Health Tech, Jeff Kong

HIDANGAN LEBIH SIHAT

Sukan Olimpik Kulinari adalah pertandingan masakan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun.Pada 2024, ia menyaksikan penyertaan pasukan profesional dari 55 negara di seluruh dunia.

Pasukan Kebangsaan Malaysia menerima tajaan dan sokongan daripada MPOC, MOSTA, Nonosugar Health Tech, serta beberapa penderma swasta lain.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge