SPRITZER MENANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2022!

SPRITZER MENANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2022!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Spritzer bukanlah nama baru kan? Dah bertukar warna dan saiz tetap lagi menjadi pilihan ramai.

TAHNIAH

Tahniah Spritzer atas kemenangan buat kali ke-LAPAN berturut-turut!

Jenama air terbaik Malaysia ini telah memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 bagi kategori air peringkat nasional.

Spritzer Menang Anugerah

ANUGERAH NASIONAL

Anugerah nasional telah disampaikan kepada Spritzer pada 3 November 2022 lalu di Kensington Palace, London . Diterima oleh Winnie Chin, Pengurus Kumpulan Perhubungan Awam dan Kelestarian Spritzer.

Program pengiktirafan anugerah berprestij ini dianjurkan dan dinilaikan oleh Forum Penjenamaan Dunia.

Edisi ke-15 Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2022-2023 menyaksikan lebih daripada 3,500 jenama yang dicalonkan dari lebih 45 negara.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu global, serantau dan juga nasional dan hanya 250 jenama sahaja yang diisytiharkan sebagai pemenang.

Spritzer Menang Anugerah

BAGAIMANA PILIHAN DIBUAT

    Anugerah ini dinilai secara unik melalui tiga aliran, dengan setiap aliran menyumbang peratusan kepada jumlah skor.

    Penilaian jenama dan pengundian dalam talian awam masing-masing menyumbangkan 30% dan penyelidikan pasaran pengguna pula menyumbangkan 40%.

    Hanya satu anugerah nasional akan diberikan kepada jenama dari setiap kategori produk atau perkhidmatan dari negara peserta.

    TERIMA KASIH BUAT SEMUA

    Spritzer ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna, pembekal, dan rakan perniagaan setia mereka atas sokongan selama ini.

    Pihak pengurusan juga ingin merakamkan penghargaan kepada pekerja yang bertungkus lumus untuk menjayakannya. Tidak dapat dinafikan, anugerah ini adalah salah satu pengiktirafan bagi kualiti air mineral semula jadi.

    Sumber air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan silika diekstrak daripada akuifer bawah tanah di tapak seluas 390 ekar yang terletak di Taiping, Perak berdekatan dengan hutan hujan tropika. 

    Berjanji akan sentiasa menawarkan kualiti terbaik kepada pengguna serta aktif dalam menyokong inisiatif komuniti.

    Website|

    Comments

    No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge