Sprite Chill Dah Sampai! Gabungan Lemon-Limau Nipis & Pudina Kini Eksklusif di 7-Eleven Malaysia. Nak rasa Sprite dengan twist yang lebih menyegarkan? Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina kini boleh didapati secara eksklusif di 7-Eleven Malaysia seluruh negara.
Kalau anda memang peminat minuman berkarbonat dengan rasa yang menyegarkan, ada satu lagi pilihan baharu yang boleh dimasukkan dalam senarai untuk dicuba.
SPRITE CHILL LEMON-LIMAU NIPIS & PUDINA
Sprite Chill Lemon-Limau Nipis dan Pudina kini diperkenalkan di Malaysia dengan gabungan rasa lemon-limau nipis ikonik Sprite bersama sensasi pudina yang memberikan sentuhan lebih dingin dan menyegarkan.
Lebih menarik, varian baharu ini eksklusif di 7-Eleven Malaysia, menjadikannya antara minuman yang boleh dicari apabila singgah ke kedai 7-Eleven berdekatan.
APA YANG BERBEZA TENTANG SPRITE CHILL?
Sprite sememangnya sinonim dengan rasa lemon-limau yang menyegarkan. Namun, Sprite Chill membawa kelainan menerusi tambahan sensasi pudina.

LEBIH REFRESHING
Gabungan tersebut memberikan pengalaman rasa yang berbeza daripada Sprite biasa — masih mengekalkan karakter lemon-limau nipis yang dikenali ramai, tetapi dengan sensasi pudina yang memberikan rasa lebih menyegarkan pada setiap tegukan.
Ia juga menjadikan Sprite Chill menarik untuk dinikmati ketika cuaca panas atau selepas melakukan aktiviti yang memerlukan sedikit refreshment.
LEMON-LIMAU NIPIS BERTEMU SENSASI PUDINA
Gabungan lemon-limau nipis dan pudina bukanlah sesuatu yang terlalu biasa untuk minuman berkarbonat. Di sinilah kelainan Sprite Chill.

KELAINAN SPRITE CHILL
Rasa sitrus memberikan elemen masam-manis dan segar, manakala sensasi pudina pula memberikan karakter dingin yang menjadikan keseluruhan pengalaman minuman terasa lebih unik.
Untuk mereka yang suka mencuba flavour baharu, ini boleh menjadi salah satu pilihan menarik untuk diterokai.
EKSKLUSIF DI 7-EVELEN MALAYSIA
Satu lagi perkara yang menarik tentang pelancaran ini ialah minuman ini hanya boleh didapati secara eksklusif di 7-Eleven Malaysia. Ia sudah tersedia mulai 1 Ogos 2026 di kedai 7-Eleven seluruh negara, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Jadi, kalau kebetulan singgah 7-Eleven untuk membeli makanan ringan, jangan lupa perhatikan rak minuman dan cari tau!
MENARIK DINIKMATI BERSAMA MAKANAN PEDAS
Semasa acara pelancaran Sprite Chill di 7-Eleven Flagship Store Bandar Puteri Puchong, para tetamu turut berpeluang mencuba minuman ini bersama padanan makanan pedas.
Dan memang ada logiknya. Sensasi menyegarkan daripada lemon-limau nipis dan pudina boleh memberikan pengalaman yang menarik apabila dinikmati bersama makanan yang mempunyai rasa lebih kuat atau pedas.

Jadi, selain diminum begitu sahaja, Sprite Chill juga boleh menjadi pilihan untuk menemani snacking session bersama makanan kegemaran.
SPRITE CHILL UNTUK YANG SUKA CUBA SESUATU YANG BAHARU
Bagi Sprite, kesegaran sentiasa menjadi sebahagian daripada identitinya. Kali ini, bakal memberikan satu lagi interpretasi terhadap rasa tersebut menerusi gabungan lemon-limau dan sensasi pudina.
Menurut Chrystian Lim, Pengarah Pemasaran, Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Myanmar, inovasi ini memberikan dimensi baharu kepada rasa Sprite yang sudah dikenali pengguna.

Sementara itu, Wee Li Ying, Ketua Pegawai Komersial 7-Eleven Malaysia, berkata pihaknya berbesar hati menjadi rakan runcit eksklusif untuk memperkenalkan inovasi tersebut kepada pengguna di seluruh negara.
APA LAGI, JOM CUBA SPRITE CHILL
Kalau anda jenis yang suka mencuba flavour minuman baharu, ini memang antara keluaran baharu yang boleh dimasukkan dalam must-try list bulan ini.
Dengan gabungan rasa lemon-limau ikonik Sprite dan sensasi pudina yang menyegarkan, ia menawarkan pengalaman yang sedikit berbeza daripada minuman Sprite biasa. Jadi kalau nampak di 7-Eleven nanti…
ambil satu, cuba sendiri dan tengok sama ada anda #TeamSpriteChill atau #TeamSpriteOriginal. 😜🥤