SPM PRO+, ASTRO BEKERJASAMA DENGAN TUTOR TERKEMUKA THE BEST!

SPM PRO+, ASTRO BEKERJASAMA DENGAN TUTOR TERKEMUKA THE BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingat lagi pada rancangan Oh My English? Ini ada berita baik untuk dikongsi bersama. Astro sentiasa komited dalam menyajikan kandungan pendidikan yang segar  dan menghiburkan,

Sesuai untuk tontonan seisi keluarga yang hadir dari pelbagai latar belakang dan  peringkat umur. Sentiasa dianggap sebagai salah satu pemain utama industri yang sentiasa menzahirkan  sajian kandungan pendidikan yang segar dan berinovatif.

SPM PRO+

Astro sekali lagi menerbitkan sebuah siri  pendidikan berbentuk ‘edutainment’ yang menghiburkan dan terkini menerusi ‘SPM PRO+’. Seterusnya  mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu organisasi tanah air yang sentiasa menitikberatkan  elemen pendidikan untuk semua.  

“Terdahulu, kami telah melaksanakan penyelidikan pasaran secara menyeluruh dan mendapati bahawa pandemik telah membuatkan sesi  pembelajaran semakin mencabar di  kalangan pelajar sekolah.

Terutamanya kepada mereka yang sedang bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan penting  seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh sebab itu, dalam usaha untuk membantu  pelajar-pelajar ini, kami telah mencipta  kandungan baharu – SPM PRO+,

Ini bertujuan  untuk mengurangkan tekanan mereka semasa menghadapi peperiksaan ini kelak. Menerusi rancangan  akademik baru ini, kami telah mengumpulkan pasukan “pro” .

Mereka terdiri daripada tutor muda dan  popular yang boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, namun pada masa yang sama kekal bermanfaat.

Mereka yang membarisi barisan tutor ini adalah seperti Iqbal Ahyar, Ifwat Rosdi,  Syahmi Azizi, Syuhadak Seplee, Maryam Khan, Farez Atan dan PU Azman. Masing-masing dengan misi  utama untuk membantu pelajar mencapai sukses dalam SPM mereka.

Siri ini juga bertujuan untuk  mengurangkan tekanan pelajar semasa mereka menyiapkan diri untuk peperiksaan SPM akan datang  menerusi kaedah yang lebih canggih dan kontemporari.” 

-kongsi Yasmin Yahya, Penolong Naib Presiden, Penciptaan Kandungan – GenNext Studio Astro

SETIAP HARI KECUALI AHAD

Saksikan SPM PRO+ On Demand dan di Astro GO atau tonton setiap hari dari Isnin hingga Sabtu pukul 9.00 malam di saluran Astro Tutor TV (CH603). SPM PRO+ merangkumi semua mata pelajaran teras – Bahasa  Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

Yang mana  setiapnya mengikuti format Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) terkini. Terdapat sejumlah 180 episod dalam siri ini dan setiap episod berdurasi 7 minit.

TINGKATAN 4 & 5

SPM PRO+ komited untuk membantu pelajar  Tingkatan 4 dan 5 mengemudi topik dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang akan dinilai dalam peperiksaan SPM akan datang. Dikongsikan contoh-contoh soalan, Petua PRO+ dan kandungan pembelajaran  berguna yang lain. 

PENDIDIKAN 360 DARJAH?

“Selain kandungan video, kami juga   ada menawarkan kandungan pendidikan 360 darjah (secara menyeluruh) dalam talian. Pelajar juga boleh  mengakses nota ringkas tambahan, soalan latihan dan  video lain di Upped (www.upped.com.my), portal  pendidikan Astro secara percuma.

Laman web ini akan  memuatnaik rujukan terkini subjek-subjek yang disiarkan di  negara ini. Astro juga telah mengeluarkan beberapa rancangan pendidikan lain yang mantap seperti Misi  Studi SPM, Pelan A+ SPM dan Dekoded. 

Selain melengkapkan semua 10,000 sekolah kerajaan, 5 asrama dan satu pusat belia di Malaysia Timur  dengan Astro dekoder, yayasan tanggungjawab sosial korporat di bawah Astro, Astro Kasih turut  menyumbangkan 30 komputer riba kepada sekolah rendah untuk membantu murid-murid dengan  pembelajaran dalam talian. 

Semua program pendidikan Astro boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan On Demand menerusi Astro  PVR Box atau Ultra Box. Layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge