Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Souk Raya 2019 Berlangsung Di GMBB Sebagai Kreatif Hub Asia|GMBB, pusat membeli-belah pertama yang dibina khas untuk kreativiti akan menjadi tuan rumah kepada acara Souk Raya 2019, pasar raya yang bertemakan konsep Maghribi pada sepanjang bulan Ramadan. GMBB sebagai penaja lokasi bekerjasama dengan AX Events and Communications sebagai penganjur. Souk Raya dilancarkan dengan pertunjukan fesyen yang menunjukkan lebih daripada 30 gaya menarik dari 9 pereka yang terkenal untuk pakaian wanita dan lelaki serta pakaian kanak-kanak.

Pertunjukan fesyen ini menampilkan rekaan siap dipakai (ready-to-wear) dan couture dari pereka tempatan seperti Shanell Harun, Raya oleh Calvin Thoo, Koleksi De Bunga Raya oleh Ridzuan Bohari, Chic Cool Chica oleh Tom Signature untuk pakaian wanita manakala Goodman dan Dato Shah Reza untuk gaya lelaki. Lain-lain jenama pereka Kids by ASLI untuk kanak-kanak, Najla Shoes, aksesori oleh Suzanna dan bunga-bungaan oleh Bunga Lab.

 

Pertunjukan fesyen Souk Raya ini turut menerima kunjungan dari Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Fazarinawati Datuk Mohd Din. Lebih 300 tetamu undangan diberi kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat setiap satu rekaan unggul yang dipamerkan pereka-pereka di pertunjukan fesyen Souk Raya ini. Peraga fesyen tempatan dan selebriti-selebriti seperti Datuk Tom Abang Saufi dan Iman Zulkarnain turut hadir memeriahkan acara tersebut.

 

Souk Raya adalah pasar trend dan fesyen urban unik yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. GMBB ialah lokasi yang dipilih secara khusus bagi menyediakan pengunjung dan pembeli untuk merasai pengalaman membeli-belah yang berbeza. Ini adalah tahun pertama GMBB menganjurkan acara seperti ini bagi membangkitkan cita rasa artisan serta pengalaman peruncitan bebas di mana daya kreativiti menjadi perhatian utama. Dari couture hingga rekaan siap dipakai (ready-to-wear) pada harga yang berpatutan, pembeli turut boleh dapati pelbagai variasi pilihan lain seperti pakaian, kasut, tudung dan aksesori.

 

Pengarah Urusan AX Event and Communications, Encik. Abdul Azeez Salleh berkata di majlis tersebut, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pereka-pereka fesyen tempatan yang berbakat untuk memperkenalkan koleksi Raya 2019 mereka kepada rakyat Malaysia. Melakar inspirasi menerusi elemen dan komponen setiap satu rekaan, setiap koleksi mempamerkan gabungan tekstur, warna dan corak unik yang mewakili maksud yang tersirat.

Souk Raya bukan sekadar platform untuk pereka fesyen tempatan mempamerkan kreativiti fesyen masing-masing, ia juga turut berkongsi pandangan mengenai reka cipta pereka-pereka fesyen kepada orang ramai, sambil memberi mereka peluang untuk menubuhkan jenama dalam industri perniagaan. Inilah kali pertama Souk Raya diadakan di GMBB. Kami yakin konsep GMBB bersesuaian dengan Souk Raya dan kami berharap agar dapat menjalinkan usaha ini setiap tahun – di mana trend fesyen menjadi satu. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada GMBB atas sokongan yang diberikan. “

Pereka-pereka fesyen tempatan yang ditampilkan di Souk Raya:

 

JenamaPereka
Ainalif HijabNur Iman Zulkarnain
Arts & FashionsMariam Abang Saufi
Arts & PaintingHabsah Abang Saufi
Batik_moreAnne Zuraini Zubir
Bunga LabAzlina
Calvin ThooCalvin Thoo
GoodMan AttireAminuddin
HayyanEngku Mohd Zainul
Kanzashi handmade by SuzanaSuzana
KhatreenaSharifah Khatreena Nuraniah
Kids By ASLILina Hafizzah
MrStailistaAyie Ali
Najla ShoesNajla Sarbini
PadusiCoutureRozita Che Wan
Rangrezza FashionSarina Ayesha Noor
Ridzuan BohariRidzuan Bohari
Salman Scarfs Salman
Shah RezzaDato’ Seri Raja Shah Rezza
Shanell HarunShanell Harun
TAS SignaturesDato’ Tom Abang Saufi
Tudung SisthurNur Azureen Man Azli
ZapatosZain Saidin

Souk Raya berpamerkan di tingkat 1 dan 2 di GMBB. Dengan pelbagai tawaran menarik yang disediakan bersempena sambutan Hari Raya, pengunjung dialu-alukan untuk melawat Souk Raya 2019 dari hari ini hingga 31 haribulan setiap hari bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.  

Untuk maklumat lanjut tentang Souk Raya dan senarai aktiviti terkini di GMBB, sila ikuti kami di

Facebook : https://www.facebook.com/gmbbkl/

Instagram : https://www.instagram.com/gmbb.kl/



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge