Sos TABASCO ® Rayakan Ulang Tahun Ke150 Dilabel 22Bahasa & Dialek

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sos TABASCO ® Rayakan Ulang Tahun Ke150 Dilabel 22Bahasa & Dialek| Sos TABASCO® yang terkenal kerana
kepedasannya telah menambat selera ramai pengguna selama 150 tahun. Pada 1868, Edmund McIlhenny mencipta sos pedas daripada ramuan biasa, iaitu lada tabasco warisan turun-temurun, serta garam dan cuka, bagi melazatkan rasa makanan untuk keluarga dan kawan-kawan.

Kejayaan menghasilkan sos yang mudah ini di sebidang tanah dikenali sebagai Avery Island, telah mengubah cara
orang Barat menikmati makanan buat selama-lamanya. Sos pedas dalam botol bertutup merah dengan label berlian ini digemari oleh peminat Sos TABASCO® di lebih 196 negara dan wilayah, dan dilabel dalam 22 bahasa dan dialek.

Pengguna di seluruh dunia menyertai perayaan ulang tahun ke-150 sos kegemaran ramai ini. Di New Orleans, McIlhenny Company menganjurkan burlesk komedi berasaskan karya lewat kurun ke-19 yang sudah tidak dipentaskan sepenuhnya dalam tempoh lebih satu kurun. Peminat di seluruh dunia dijemput ke acara-acara
yang diadakan, baik kecil ataupun besar, untuk memberi peluang kepada mereka merasai dan melihat sendiri cara yang menarik dan tidak diduga Sos TABASCO digunakan oleh tukang masak kreatif dan chef terkenal di dunia.

“Ulang tahun ke-150 sos tabasco begitu menarik hingga orang ramai dari seluruh dunia telah bersatu hati untuk merayakan kejayaan sos kegemaran mereka. Seni pembuatan Sos TABASCO® dan kelebihannya yang serba
guna menjadikannya sahabat chef, tukang masak di rumah, pelayan bar dan penggemar makanan.”

“Rakyat Malaysia, khususnya, suka menambah Sos TABASCO® kepada makanan harian kegemaran mereka seperti piza atau spageti untuk membangkitkan rasa dan menambat selera. Sos lada yang boleh dikenali dengan serta-merta ini enak dinikmati di restoran terbuka dan dewan jamuan makan, atau di dapur rumah, dan
boleh diletakkan di atas meja makan atau dalam beg tangan penggemar makanan di serata dunia.

Cuba kita bayangkan arah tuju Sos TABASCO® dan bagaimana produk ikon ini akan digunakan sepanjang 150 tahun yang akan datang,”

-Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif Sos TABASCO®

Disebabkan popularitinya, sos ini telah dihasilkan dalam lebih 10 jenis, dengan tahap kepedasan daripada sederhana kepada sangat pedas, daripada manis kepada sedap berasap, untuk memenuhi cita rasa setiap pengguna. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ulang tahun ke-150 Sos TABASCO®, sila kunjungi TABASCO.com atau ikuti perbualan di media sosial #TABASCO150.

Sos TABASCO® boleh dibeli di kebanyakan gedung jualan runcit makanan di Malaysia dan semua produk TABASCO ® yang diedarkan kepada rakyat Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sos TABASCO® diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. Buat
masa ini, GBA menguruskan banyak jenama terkenal dengan kerjasama rakan niaga dari seluruh dunia, yang kebanyakannya merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge