Kodomo Lion Perkenal Kempen Gigi Sihat, Senyuman Berseri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kodomo Lion Perkenal Kempen Gigi Sihat, Senyuman Berseri Untuk Kesihatan Oral|Kodomo Lion jenama ubat gigi kanak-kanak no 1 di Malaysia yang disokong oleh Lion Japan. Ia yakin bahawa didikan penjagaan gigi yang baik bermula dari kanak-kanak sejak kecil lagi bagi mendapatkan gigi sihat dan senyuman yang ceria.

Kodomo dalam bahasa Jepun bermaksud kanak-kanak. Jenama Kodomo Lion menawarkan penyelesaian penjagaan oral yang diperluaskan khas untuk kanak-kanak berusia diantara 6 bulan hingga 12 tahun. Ia merangkumi dua rangkaian berus gigi yang memenuhi keperluan peringkat perkembangan oral yang berbeza serta empat perisa ubat gigi untuk kanak-kanak.

Kempen penjagaan oral yang disasarkan khusus kepada kanak-kanak dan ibu bapa itu perlu kerana masalah gigi repit yang secara saintifiknya dikenali sebagai karies gigi bakal memberi kesan kepada pertumbuhan fizikal serta mental kanak-kanak.Kajian yang dilakukan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menganggarkan 7 daripada 10 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan oral

Menyedari permasalah ini, Kodomo melancarkan Kempen Kodomo Lion ” Healthy Teeth, Happy Smile”. Kempen ini bertujuan menyediakan proses memberus gigi sebagai satu aktiviti keluarga yang sihat dan menyeronokkan. Ibu bapa akan menunjukkan cara memberus gigi dengan betul kepada anak-anak supaya mereka mengamalkan kesihatan oral yang baik sepanjang hayat

” Sebagai jenama ubat gigi kanak=kanak nombor satu di Malaysia, Kodomo Lion rasa bertanggungjawab untuk menggalakkan kesihatan oral yang lebih baik dalam kalangan kanak-kanak. Cadangan yang kami berikan adalah berdasarkan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) LION Japan selama bertahun-tahun. LION Japan ialah syarikat penjagaan oral No 1 di Jepun yang menawarkan pelbagai produk yang sesuai untuk setiap peringkat pertumbuhan kanak-kanak demi kesihatan oral untk jangka masa yang panjang dan lebih baik”

” Kempen kami sangat mudah kerana kanak-kanak memerlukan Gigi yang Sihat untuk Senyuman yang Berseri. Ia mudah dicapai dimana lengkapkan mereka dengan ubat gigi, berus gigi, teknik dan model contoh yang betul iaitu ibu bapa. DEngan sedikit usaha dan masa berkualiti bersama setiap hari, semua kanak kanak boleh memiliki Gigi Sihat Senyuman Berseri sepanjang hayat. Menjaga gigi susu anak-anak sangat penting kerana ia akan membentuk gigi yang sihat ketika dewasa”

-kata Pengurus Kanan Jenama Divisyen Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd, Cik Loo Mei Fong

Kodomo Lion juga berkerjasama dengan Kemeneterian Kesihatan Malaysa untuk membawa kempen ini ke pra-sekolah. Kodomo juga telah berkerjasama dengan sekolah-sekolaj di Johor sejak 20 tahun lalu melibatkan penjagaan oral kanak-kanak dan merancang untuk meluaskan kerjasama ini ke negeri-negeri lain.

Kodomo Lion menggunakan teknologi pergigian termaju Lion Japan untuk menghasilkan satu formulasi ubat gigi “5% Xylitol + Active Fluoride” yang canggih bagi membantu mengembalikan mineral dan membaiki masalah karies di peringkat awal, Ia berfungsi menguatkan gigi, mencegah kaviti serta membantu memastikan gigi kanak-kanak kekal kuat dan sihat. Formulasi kurang buih secara tidak langsung menggalakkan kanak-kanak untuk memberus gigi dengan lebih lama. Manakala formulasi bebas gula pula membantu mengurangkan pembentukan plak untuk gigi yang lebih sihat.

“Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka sudah menunjukkan tanda awal karies gigi, ubat gigi Kodomo Lion boleh membantu membaik pulih karies di peringkat permulaan. Rahsianya adalah ibu bapa dan anak-anak perlu memberus gigi dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi kanak-kanak yang berkualiti seperti yang ditawarkan. In kerana ia sesuai untuk pertumbuhan oral kanak-kanak dan gosok selama sekurang-kurangnya dua minit serta lakukan secara konsisten”

-kata Cik Loo lagi

Ubat gigi didatangkan dalam rekaan menarik dengan Dr.Lion rakan -rakan dan empat perisa tanpa gula. (Strawberi, Anggur, Oren dan Epal) untuk membuatkan proses memberus gigi lebih efektf fan menyeronokkan. Dapatkan di mana-mana hypermarket dan farmasi pada harga RM 3.40 ke atas



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge