Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sos Berperisa Tiram Kimball, Satu Sudu Je Untuk Masakan Penuh Perisa | Warga Malaysia semakin bijak mencari jalan menjimat wang disebabkan peningkatan kos sara hidup tahun demi tahun. Demi mengurangkan perbelanjaan rumahtangga, semakin ramai pengguna kini memilih untuk memsak di rumah. Kimball, jenama penyelesaian kulinari yang mempunyai warisan lebih 40 tahun menyedari bahawa orang Malaysia sentiasa mencari resipi yang lazat lagi jimat yang boleh dimasak di rumah, telah melancarkan kempen ‘Kimball Satu  Sudu Je’ yang mengetengahkan keunikan Sos Berperisa Tiram Kimball.

Sos tiram adalah perisa utama dalam masakan Asia dan digunakan dalam kebanyakan masakan sayur goreng; sebagai penambah perisa mi atau nasi; menaikan rasa makanan laut, ayam, daging serta menambahkan perisa sos pencicah. Dalam waktu di mana semakin ramai tukang masak yang mula menyedari mengenainya, sos versatil dan enak ini telah mula digunakan dalam sajian Barat termasuklah pai, kaserol dan kuah.Sos Berperisa Tiram Kimball, Satu Sudu Je Untuk Masakan Penuh Perisa

Selaras dengan Kempen “Kimball Satu Sudu Je”, jenama ini telah mencipta satu siri resipi yang hanya memerlukan satu sudu makan Sos Berperisa Tiram Kimball untuk menghasilkan pelbagai masakan harian yang lazat lagi jimat. Siri resipi bijak Kimball ini hanya memerlukan tiga langkah yang mudah untuk disempurnakan di rumah, baik oleh mereka yang banyak berpengalaman di dapur mahupun mereka yang baru berjinak dengan memasak.

Sos Berperisa Tiram Kimball

Sos Berperisa Tiram Kimball mengandungi lebih banyak kebaikan tiram berkualiti terpilih yang kaya dengan perisa. Ia dirumuskan tanpa menggunakan pengawet, yang juga mempunyai keseimbangan rasa savuri dan kemanisan yang mampu meningkatkan masakan anda ketahap kelazatan yang lebih tinggi. Selain daripada menambah dimensi baru dan kesan terhadap rasa, Sos Berperisa Tiram Kimball ini mampu memperhebatkan masakan anda dengan memperkayakan warna dan kepelbagaian rasanya.Sos Berperisa Tiram Kimball, Satu Sudu Je Untuk Masakan Penuh Perisa

Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara Sdn. Bhd., Michelle Nunis berkata, peningkatan kos sara hidup menyebabkan lebih ramai orang memilih untuk memasak di rumah, dan sememangnya mereka mengingini nilai yang berpatutan dan perisa yang lebih baik.

“Kimball menyedari citarasa dan keinginan orang ramai. Dengan demikian, Kimball telah melancarkan resipi bijak yang hanya memerlukan satu sudu makan Sos Berperisa Tiram Kimball. Resepi-resipi ini termasuk Daging Goreng Kimball dengan Sos Tiram Kimball;  Ayam ‘Kung Pao’ Kimball dan Sup Kepala Ikan bersama Tauhu Kimball. Setiap masakan ini mencukupi untuk 4 hingga 5 orang, dan boleh disiapkan dengan kos yang tidak melebihi RM12. Gabungkan kesemua masakan yang mudah disediakan ini boleh menjadi hidangan lengkap yang akan menceriakan citarasa seluruh keluarga,”

Sos Berperisa Tiram Kimball  boleh didapati dalam dua  saiz iaitu 225g dan 510g. Menggunakan botol 255g anda boleh memasak lebih kurang 17 kali manakala botol 510g boleh menghasilkan 34 kali menggunakan resipi bijak Kimball. Sos Berperisa Tiram Kimball ini boleh didapati diseluruh negara pada harga jualan runcit disyorkan (termasuk GST) RM3.45 dan RM5.45.

Daging Goreng Kimball dengan Sos Tiram Kimball

Ayam ‘Kung Pao’ Kimball

Sup Kepala Ikan Kimball & TauhuSos Berperisa Tiram Kimball, Satu Sudu Je Untuk Masakan Penuh Perisa

Untuk lebih maklumat mengenai Sos Berperisa Tiram Kimball  dan barisan produk Kimball yang lain serta pelbagai pilihan resepi bijak yang lazat sila layari

Website Kimball  http://www.kimball.com.my/

Facebook Kimball https://www.facebook.com/KimballMalaysia/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge