Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Karinval Mega Amazing Thailand 2017 Di The Strand, Kota Damansara |Alamilah kemeriahan dan keenakan jua kelazatan makanan dan minuman yang dibawakan khas dari Thailand hanya di Mega Amazing Thailand 2017 . Lokasi pilihan kali ini di The Strand, Kota Damansara dimana buat julung kalinya diadakan oleh Anjung Spektrum dan Brainbox Empire . Mega Amazing Thailand 2017 sudah bermula pada 6 Oktober 2017 dan bakal berakhir pada 18 Oktober 2017
Ianya dibuka dari 10.00 pagi hingga 12 malam dimana karnival ini juga mendapat sambutan dan sokongan dari Sweet Spot dan Gemilang Organizer Limited Partnership serta The Strand Mall selaku penaja lokasi. Karnival inibukan sahaja mengentengahkan makanan dan minuman tetapi juga memperkenalkan pelbagai barangan perhiasan , pakaian, aksesori yang mempunyai nilai-bilai eksklusif dari negara Gajah Putih.
Objektif Karinval Mega Amazing Thailand 2017
Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk memperkenalkan produk-produk, kebudayaan dan kesenian, makanan dan minuman serta warisan dari Thialand dimana ianya disertai seramai 100 orang peniaga. Selain itu juga diantara produk-produk yang bakal memeriahkan lagi karnival ini adalah sepoerti
- Produk kecantikan & kesihatan – produk kecantikan anti penuaan yang dihasilkan daripad aalam semulajadi dengan kualiti yang dijamin untuk semua peringkat umur bagi lelaki dan wanita
- Kebudayaan dan kesenian Thailand – muzik, budaya dan fesyen . Terdapat juga reka bentuk fesyen Thailand yan cantik dan menawan akan turut dipersembahkan dan dijual sewakti karnival berlangsung
- Makanan dan minuman “Thainess” – ini bakal merupakan tarikan utama kerana ianya adalah makanan dan minuman yang paling di sukai ramai hingga ke seluruh dunia. Mempunyai lima rasa iaitu – masam, manis, masin, pahit dan pedas ini adalah kunci rahsia sebenar dalam rahsia masakan Thailand . Di samping itu kebanyakkan makanan yang dihidangkan menggunakan rempah-rempah terpilih yang memang terkenal dengan keenakannya yang tersendiri .
Jom check it out beberapa gambar yang sempat di rakam sewaktu KP berada di Karnival Mega Amazing Thailand 2017
Ayam madu panggang boleh tahan juga
Peminat jeruk singgah tau
Favourite KP Mango Float
Another of my favourite Ais Krim Gulung
Selain daripada itu pelbagai aktiviti juga diadakan seperti Zumba ( pada mereka yang berminat sports), Tarian oleh Superstar Senamtari, live busker, live performance , pertandingan mewarna yang diadakan pada hujung minggu sewaktu karnival berlangsung. Pertandingan photografi peringkat Amatur bakal berlangsung Ahad 15 Oktober 2017 dari 2.00 petang hingga 4.00 petang .Tema adalah Thailand iaitu suasana di sekitar karnival Mega Amazing Thailand 2017. Muat naik di Instagram anda dengan kapsyen terbaik anda. Jangan lupa untuk sertakan hashtag #BBE #MAT17 dan tag @BRAINBOXEMPIRE. Silap silap masa anda menikmati makanan nanti ada artis duduk bersebelahan atau waktu anda membeli . Jangan risau masuk adalah PERCUMA untuk semua
Ok jumpa di sana yea !!!