Posted in

smart #5 TAMPILKAN GAYA HIDUP BAHARU MOBILITI ELETRIK DI KLIMS 2026

smart #5 Tampil Sebagai EV Urban & Outdoor Terunggul di KLIMS 2026, Buktikan Mobiliti Masa Depan Lebih Daripada Sekadar Pemanduan

smart #5 KLIMS 2026

EV YANG DIREKA UNTIK KEHIDUPAN BANDAR DAN PENGEMBARAAN TANPA BATAS

Ketika kebanyakan pengeluar automotif mempamerkan teknologi dan inovasi mobiliti masa depan di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026, smart Malaysia tampil dengan pendekatan berbeza menerusi pameran gaya hidup yang mengetengahkan bagaimana sebuah kenderaan elektrik mampu menjadi teman harian dan pengembaraan dalam satu pakej lengkap.

Menepati tema “Beyond Mobility”, model utama jenama itu, smart #5, dipamerkan bersama pelbagai aksesori baharu yang direka khas untuk menyokong aktiviti luar, road trip, perkhemahan dan gaya hidup aktif generasi moden.

SUV ELEKTRIK PREMIUM

Sebagai SUV elektrik premium terbesar dalam barisan smart setakat ini, smart #5 menggabungkan reka bentuk futuristik, ruang dalaman luas, teknologi pintar serta prestasi EV jarak jauh yang memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka lebih banyak destinasi tanpa kompromi.

smart #5

DARIPADA BANDAR KE ALAM SEMULA JADI DENGAN LEBIH MUDAH

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, smart #5 dibangunkan bukan sekadar sebagai kenderaan untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, tetapi sebagai platform yang membolehkan pemilik menikmati pengalaman hidup yang lebih fleksibel dan bermakna.

Di KLIMS 2026, pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana smart #5 diubah menjadi kenderaan pengembaraan moden menerusi beberapa aksesori baharu yang praktikal dan bergaya. Antaranya termasuk:

Roof Carrier untuk kapasiti muatan tambahan ketika bercuti atau berkhemah
Side Bag yang menawarkan ruang penyimpanan mudah dicapai untuk keperluan harian
Side Ladder yang bukan sahaja memudahkan akses ke bahagian bumbung, malah menambah karakter lasak kepada SUV elektrik ini.

Gabungan aksesori ini menjadikan smart #5 sebuah EV yang sesuai untuk gaya hidup urban dan outdoor secara serentak.

JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 590KM

SESUAI UNTUK ROAD TRIP JARAK JAUH

Salah satu kelebihan terbesar smart #5 ialah keupayaannya untuk menempuh perjalanan jauh dengan penuh keyakinan.

smart #5

Varian Premium menawarkan jarak pemanduan sehingga 590 kilometer, manakala varian prestasi tinggi BRABUS mampu mencapai sehingga 540 kilometer dengan sekali cas penuh.

Keupayaan ini menjadikan smart #5 pilihan ideal bagi mereka yang gemar melakukan perjalanan rentas negeri, eksplorasi hujung minggu atau percutian keluarga tanpa kebimbangan terhadap jarak perjalanan.

CAMPING MODE

EV BERTUKAR MENJADI RUANG REHAT BERGERAK

Dalam dunia EV moden, pengalaman pemilikan tidak lagi terhad kepada pemanduan semata-mata.

smart #5 hadir dengan Camping Mode, satu fungsi yang membolehkan kenderaan menjadi ruang santai dan tempat berehat yang selesa ketika berada di lokasi perkhemahan atau destinasi rekreasi. Ciri ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan pemilik EV yang menggemari aktiviti luar dan konsep “car camping” yang semakin popular di seluruh dunia.

PENGALAMAN AUDIO PREMIUM DENGAN SENNHEISER

Bagi mereka yang menghargai hiburan dalam kenderaan, smart #5 turut dilengkapi sistem audio premium daripada Sennheiser. Sistem bunyi imersif ini menjadikan setiap perjalanan lebih menyeronokkan dengan pengalaman audio bertaraf konsert yang memenuhi ruang kabin.

Sama ada memandu di tengah kota, lebuh raya pantai atau kawasan pergunungan, setiap perjalanan menjadi lebih santai dan mengasyikkan.

HARGA smart #5 MALAYSIA 2026

smart Malaysia turut mengumumkan harga terkini bagi model smart #5:

VarianHarga
smart #5 PremiumRM209,800
smart #5 BRABUSRM259,800

Selain itu, pengunjung KLIMS 2026 juga boleh melihat pakej aksesori Outdoor Pack yang ditawarkan pada harga promosi khas, selain pilihan Adventure Pack yang direka untuk mereka yang mahukan konfigurasi lebih praktikal.

smart #5 BUKTIKAN EV KINI SEBAHAGIAN DARI GAYA HIDUP

Di KLIMS 2026, smart tidak hanya mempamerkan sebuah SUV elektrik premium, tetapi memperlihatkan bagaimana mobiliti moden boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup yang lebih bebas, fleksibel dan menyeronokkan.

Dengan gabungan teknologi pintar, jarak pemanduan jauh, Camping Mode, sistem audio premium serta aksesori pengembaraan yang lengkap, smart #5 berjaya membuktikan bahawa EV masa kini bukan lagi sekadar kenderaan mesra alam, tetapi rakan perjalanan yang mampu menemani setiap pengalaman hidup.

Pengunjung yang hadir ke KLIMS 2026 berpeluang melihat sendiri smart #5 secara dekat, meneroka pakej pemilikan eksklusif dan menikmati pelbagai promosi istimewa sepanjang pameran berlangsung.

smart Malaysia Official Website

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *