Pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia terus mencipta sejarah apabila BYD Sime Motors melancarkan secara rasmi BYD Atto 3 2026 facelift di Sime Motors MotorExpo 2026, menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di rantau Asia Pasifik menerima model terbaharu ini.
BYD ATTO 3 2026
Pelancaran ini menandakan langkah agresif BYD dalam memperkukuh dominasi segmen EV di Malaysia, dengan Atto 3 kini tampil lebih moden, lebih berkuasa dan lebih efisien berbanding generasi sebelumnya.
EV SUV PALING LARIS KINI LEBIH BERPOTENSI
Model 2026 BYD Atto 3 ditawarkan dalam dua varian iaitu Ultra (FWD) dan Premium (RWD), dengan harga bermula RM125,800 hingga RM138,800.
Sejak dilancarkan di Malaysia pada 2022, Atto 3 telah menjadi antara EV paling popular di pasaran tempatan dengan lebih 12,000 unit terjual, menjadikannya model EV SUV paling laris setakat ini.

VARIAN ULTRA
Varian Ultra mengekalkan konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) dengan jarak pemanduan sehingga 480km (NEDC), namun kini menerima naik taraf pengecasan pantas DC sehingga 110kW, jauh lebih efisien berbanding model terdahulu.
VARIAN PREMIUM
Sementara itu, varian Premium pula membawa peningkatan besar dari segi prestasi dengan Pacuan roda belakang (RWD), Seni bina 800V baharu, Bateri 74.88kW Dan Jarak pemanduan sehingga 600km (NEDC)
WARNA BYD ATTO 3 2026
Kedua-dua varian turut hadir dengan pilihan warna Ski White, Atlantis Grey, Harbour Grey dan Cosmos Black.

REKA BENTUK BAHARU
TEKNOLOGI DIPERTINGKAT
Facelift 2026 ini turut menampilkan rekaan hadapan yang lebih agresif, aerodinamik yang dipertingkat serta penambahbaikan sistem bateri bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih stabil dan responsif.
Dengan kemajuan ini, BYD Atto 3 kini bukan sekadar EV bandar, tetapi turut bersedia untuk perjalanan jarak jauh dengan lebih yakin.
MALAYSIA JADI PASARAN PERTAMA ASIA PASIFIK
Menurut Jacob Ma, Atto 3 merupakan model pertama BYD diperkenalkan di Malaysia dan kini menjadi asas kepada kejayaan jenama itu di rantau ini.

Beliau berkata model baharu ini dibangunkan berdasarkan lebih 1.1 juta unit jualan global, dengan fokus kepada pengalaman pemanduan yang lebih halus, jarak lebih jauh serta kecekapan tenaga lebih baik.
Sementara itu, Adeline Lew menegaskan bahawa Atto 3 telah mempercepatkan penerimaan EV di Malaysia sejak 2022.

“Hari ini, Atto 3 kekal sebagai EV paling laris di Malaysia. Model baharu ini direka untuk gaya hidup moden dengan gabungan teknologi pintar dan praktikaliti harian,” katanya.
EV YANG TERUS DOMINAN DI MALAYSIA
Dengan kombinasi reka bentuk baharu, teknologi 800V, pilihan RWD serta jarak pemanduan sehingga 600km, BYD Atto 3 2026 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu EV paling berpengaruh di Malaysia.
Model ini bukan sahaja meningkatkan persaingan dalam segmen EV SUV, tetapi turut menandakan fasa baharu dalam evolusi mobiliti elektrik di negara ini.
