Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Siti Nordiana Anjurkan Konsert Virtual Tanda Kasih Sayang Buat Peminat| Siti Nordiana sayang peminat! Tanpa sokongan peminat susah juga untuk terus kekal relevan dalam bidang seni tempatan.
Ibarat tanpa peminat siapalah artis itu ! Ini diantara kata-kata keramat untuk bertahan. Kata-kata inilah menjadi pengangan dan penguat semangat. Sama juga seperti peminat apabila sokongan diberikan di balas dengan kasih sayang.
Siti Nordiana
Kini digelar penyanyi terkenal selalu menghargai dan mengenang jasa peminat yang setia bersamanya. Tidak kira dari dahulu mahupun hingga kini. Lebih menggembirakan apabila ada dikalangan peminat dari generasi baru.
Sebagai tanda terima kasih dan sayang Siti Nordiana kepada peminat, penyanyi lagu Angkara itu bakal muncul dengan Konsert Virtual Siti Nordiana & Fans pada 25 Disember ini, pukul 9 malam di Facebook Page Siti Nordiana.
Konsert Virtual
Siti Nordiana, 36, atau lebih mesra disapa Nana berkata, konsert secara percuma itu diadakan bagi mengubat rindu peminat yang sudah lama tidak menyaksikan persembahannya secara langsung.
‘Saya buat konsert ini untuk berterima kasih kepada peminat yang sudah mengundi saya selama ini.
Dalam erti kata lain, ini lebih kepada konsert terima kasih dan tanda kasih sayang pada mereka.
Ia percuma saja dan boleh klik di Facebook Page Siti Nordiana.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
“Tambahan pula, sejak pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak ada persembahan dibenarkan dan membabitkan penonton,
Jadi mereka tidak lagi berpeluang datang menonton dan memberikan sokongan.
“Disebabkan itu, saya ambil keputusan untuk buat konsert ini.
Walaupun ia diadakan secara normal baharu, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan mereka secara langsung dalam tempoh yang agak panjang.
Kiranya ini hadiah saya buat mereka dan dapat juga mengubat rindu, Saya nak puaskan hati semua peminat, tapi saya tahu tak boleh.
Tapi saya harap dapat keluarkan lagu yang menarik, bagus dan beri kesan pada mereka.
Jadi, apabila mereka terus bersama saya, saya sangat hargai sehingga sanggup habis duit untuk mengundi dan menyokong setiap produk dihasilkan. Hubungan ini yang sangat ‘best’ dengan peminat.
“Paling penting mereka sangat faham saya dan tidak pernah halang saya.
Kalau saya buat salah sekali pun, mereka tak akan hentam dan kritik secara terbuka. Tapi mereka akan mesej peribadi di DM dan tegur secara baik.
Tidak ada sampai tahap nak hina malah jauh sekali nak mengongkong saya,” katanya.
10 lagu dengan diiringi ‘live band’
Berkongsi mengenai konsert itu, Nana berkata dia bakal menyanyikan 10 lagu dengan diiringi ‘live band’ dan turut menampilkan seorang penyanyi lelaki untuk berduet.
“Konsert ini dijalankan di sebuah studio dan diberikan sedikit sentuhan hiasan.
Walaupun tanpa penonton dan secara dalam talian, tapi saya mahu konsert ini dibuat secara ‘proper’ sekali gus memberikan ‘feel’ sebenar menyaksikan konsert.
“Dalam masa sama, persembahan saya diiringi band. Insya Allah, saya akan menyanyikan 10 lagu yang kebanyakannya lagu lama saya.
Saya mahu mengembalikan semula memori lama dari awal kemunculan sehingga sekarang.
“Tidak ketinggalan, saya akan berduet dengan penyanyi lelaki untuk menyanyi secara medley lagu-lagu duet saya bersama Allahyarham Achik.
Siapa penyanyi berkenaan, kena tunggu dan saksikan konsert saya ini,” katanya.
Menurut Nana, konsert itu turut ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music selepas sesi secara langsung itu berakhir.
It is really good to give back to your fans.![My Profile](https://www.kitepunye.com/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
Tekkaus recently posted…Innofood Air Fryer Oven Review With Dehydrator Function
That’s a good one. Thanks for sharing.![My Profile](https://www.kitepunye.com/wp-content/plugins/commentluv/images/littleheartplus.png)
Nimit recently posted…Top 20 Best Backpack With Lots Of Pockets And Compartments | 2020