SINGLE WAKTU MENYATUKAN HASIF UPIN DAN ZIANA ZAIN, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kalau ‘content creator’ yang kini menjadi penyanyi dan lagenda seni suara bergabung bagaimanakah?
SINGLE WAKTU
Buat julung-julung kalinya, sebuah gabungan hebat dua penyanyi berbeza generasi. Hasif Upin dan Ziana Zain digabungkan dalam sebuah lagu yang cukup istimewa single WAKTU.
CIPTAAN
Hasil ciptaan komposer terkemuka negara iaitu Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat, dan diterbitkan oleh label rakaman paling sensasi masa kini, Armani Entertainment Group.
Pop bergenre balada rock yang sedikit teatrikal dengan komposisi muzik dramatik.
Tentang kisah penderitaan dua insan yang terluka akibat cinta yang lalu. Walau sudah lama berpisah dan membawa haluan masing-masing, mereka tetap di hantui bayangan dan hidup dalam trauma.
GABUNGAN MANTAP
Penghasil konten viral media sosial yang kini bergelar penyanyi. Satu lagi, lagenda seni suara tanah air yang terkenal dengan lagu-lagu bernada tinggi dan sentiasa malar segar,
ZIANA IDOLA SAYA – HASIF
“Sejujurnya, kak Ziana merupakan idola saya sejak dahulu lagi dan hampir kesemua lagu beliau saya hafal.
Apabila diberi peluang keemasan ini oleh pihak rakaman, pasti saya hargai sangat-sangat,” kongsi Hasif yang merupakan pelantun lagu ‘Dilema’ yang pernah kontroversi tahun lalu.
MENUNGGU 15 TAHUN?
Penantian selama 15 tahun akhirnya terjawab, penyanyi bertaraf legendaris, Ziana Zain kembali meyumbangkan suaranya yang sangat dirindui oleh peminat-peminat semua.
“Mengapa sekarang? Jika bukan sekarang, bila lagi bukan? Saya akui apabila mendengar demo lagu ini buat pertama kali, hati terbuka untuk merakamkannya.
PENGALAMAN BERHARGA
“Sewaktu proses rakaman yang memakan masa selama 2 jam di studio Damansara, kak Gee sangat merendah diri.
Sentiasa memberi semangat kepada saya dan banyak yang saya pelajari dari beliau.
Peluang dapat berduet dengan seorang lagenda seni suara merupakan pengamalan yang sangat berharga dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,”
HADIAH UNTUK PEMINAT
Ini juga adalah buah tangan yang paling istimewa buat semua peminat kesayangan yang tidak jemu-jemu menunggu sekian lamanya,”
-jelas Ziana yang lebih mesra dengan panggilan ‘kak Gee’.
ILHAM DARI AEG SENDIRI
Idea disebalik tercetusnya single ini merupakan ilham bernas pihak syarikat rakaman sendiri, AEG. Apabila ditanya siapa penyanyi yang Hasif mahu duet bersama, nama Ziana Zain meniti di bibirnya.
YANG INI 9 BULAN ?
“Bayangkan, pihak AEG menunggu selama 9 bulan untuk mendengar jawapan dari saya dan akhirnya saya bersetuju.
Lagu ini sememangnya sudah tersedia dan hanya menunggu masa untuk dirakamkan, dan Alhamdulillah segala proses berjalan dengan baik.
TONA SUARA YANG BAGUS!
“Ini adalah rezeki kami berdua, peluang yang diberi jangan disia-siakan, saya mengalu-alukan penyanyi baharu untuk berkolaborasi dengan saya.
Hasif mempunyai tona suara yang bagus, ‘feel’ yang baik dan berdisiplin, itu yang saya suka tentangnya.
“Harapan saya agar single waktu ini dapat mengubat kerinduan peminat semua, dan sentiasalah menyokong dan mendoakan semoga lagu ini mendapat sambutan hangat.
-kongsi penyanyi berpengalaman, Ziana percaya pada takdir dan menganggap ini semua rezeki.
SAINGAN HEBAT LAGU INI
“Gabungan Hasif Upin dan Ziana Zain adalah buah tangan terbaharu AEG yang amat kami banggakan.
Bukannya senang untuk melamar penyanyi tersohor seperti Ziana untuk turut terlibat dalam projek single waktu. Namun kami yakin lagu ini mampu menjadi saingan hebat terhadap lagu-lagu lain yang ada di pasaran.
-Menurut Dato’ KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif AEG,