DOUBLE TROUBLE 2 BAKAL MENGEGARKAN PENTAS STADIUM MALAWATI, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sabar menantikan hujung minggu ini dimana bakal menyaksikan dua kumpulan diatas pentas!
DOUBLE TROUBLE 2
Disebalik kejayaan 2 konsert hebat Search Rockin’ On Rooftop di Kompleks Campbell dan Barbarik Pentas Keras di Zepp, Kuala Lumpur tahun lalu ada cerita disebaliknya.
Kedua-dua kumpulan rock terkenal ini ingin meneruskan perjuangan mereka bagi memenuhi kehendak peminat dengan mengadakan sebuah konsert lagi.
Tapi kali ini bakal menggabungkan kedua-dua kumpulan ini di atas satu pentas berskala besar dengan konsert yang berjudul Double Trouble 2.
SIAPA YANG TERLIBAT
Dua kumpulan iaitu kumpulan Search dan Barbarik bakal ‘bertarung’ untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat dan pengunjung yang hadir pada malam tersebut.
Bakal berlangsung pada 5 Ogos ini di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam.
KONGSI MUSS- VOKALIS BARBARIK
Beliau mengharapkan peminat dapat menerima apa yang mereka persembahkan. Semestinya konsert ini ada perbezaan kerana gabungan dua buah kumpulan di atas satu pentas yang sama.
Kita tahu ramai peminat yang akan hadir untuk menyaksikan persembahan kami dan berharap dapat menerima apa yang kita persembahkan nanti.
BERSAMA DENGAN VOKALIS SEARCH
Saya nanti akan bersama dengan vokalis Search, Denden . Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat dalam konsert seperti ini.
Sebabnya konsert seperti ini berbeza dengan konsert yang hanya melibatkan satu band sahaja.
HARAPAN BUAT PEMINAT
Berharap para peminat yang hadir tidak merasa hampa disebabkan apa yang mereka inginkan, tidak mampu kami laksanakan.
Dalam perancangan kami ada beberapa segmen yang kami harap perkara ini dapat memenuhi kehendak peminat.
Insyallah kami tidak akan buat berlebihan atau over do it kerana perkara itu boleh mencacatkan persembahan.”
-kata vokalis Barbarik, Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din.
BAGI SEARCH PULA
Konsert berdurasi 3 jam ini akan mempersembahkan sebanyak 20 buah lagu selain beberapa buah lagu secara madley dan berduet.
Setiap band mungkin akan bawa 10 buah lagu dan berbelas lagu-lagu lain secara duet dan medley.
ADA JUGA LAGU DARI ALBUM DOUBLE TROUBLE 2
Kita juga fokuskan lagu-lagu di dalam album Double Trouble 2 kerana penglibatan Muss dalam album tersebut,”
-kongsi pemain gitar Search, Hamzah bin Mohd Taib atau lebih dikenali dengan nama Kid,
Selain Kid, Search dibarisi Noordin (gitar), Yan (bass), Denden (penyanyi), Minn (dram) dan Firdaus (keyboard) pastinya amat dinantikan oleh peminat-peminat rock yang akan hadir ke stadium kelak.
LAIN PULA BAGI JOE BRANKO
Kami telah bersedia seratus peratus untuk ‘menawan’ Stadium Malawati serta memberi kepuasan maksimum kepada semua peminat Search dan Barbarik.
Cuma ada beberapa yang perlu di perkemaskan bersama Search agar lagi nampak kemas terutama sewaktu segmen Search bersama Barbarik .
-ujar Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe Branko merupakan pemain gitar utama kumpulan Barbarik.
Selain Joe Branko selaku pemain gitar utama, Barbarik dibarisi oleh Muss (penyanyi), Ainol (dram), Rozaimie (bass) dan Adi (keyboard).
FESTIVAL THRIFT & ROCK THE CITY
Sempena gegaran konsert Double Trouble 2 Search dan Barbarik, Rock The City juga telah menganjurkan Festival Thrift & Rock The City.
Berlangsung di Perkarangan Stadium Melawati Shah Alam bermula Jumaat 4 Ogos sehingga Sabtu 5 Ogos 2023 dari jam 10 pagi hingga 11.59 malam.
Gegaran festival rock mengisi slot selama dua hari dengan muzik, hiburan, pesta makanan dan banyak lagi.
MACAM MACAM ADA
Terdapat pelbagai acara menarik seperti Wayang Pacak, Adipati bertiga – himpunan Motosikal cafe racer, playground kanak-kanak, goreng gitar solo dan bengkel melukis jaket.
Tambah menarik ada perlawanan Playstation, dan 60 gerai yang menampilkan penjual makanan dan minuman, pakaian preloved serta beramah mesra bersama artis-artis dari Konsert Double Trouble 2.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila layari laman Instagram @official_thifted atau hubungi talian hotline 0173605001.
Credit photo : Maestro