ARMANI ENTERTAINMENT GROUP PERKENALKAN BARISAN ARTIS, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah selesai juga majlis memperkenalkan barisan artis dari label pengurusan artis terbaru.
ARMANI ENTERTAINMENT GROUP
Label pengurusan artis terbaharu paling sensasi di Malaysia, Armani Entertainment Group (AEG), baru-baru ini mengadakan ‘Media Night & Majlis Berbuka Puasa’. Bersama-sama pengamal media tempatan selain mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
PERKENALKAN BARISAN ARTIS
“Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan secara rasmi barisan artis di bawah naungan AEG. Serta mengeratkan lagi hubungan kemesraan di antara label (AEG) bersama rakan-rakan media,”
-kata Dato’ KK Chua, selaku Ketua Pegawai Eksekutif AEG.
PLATFORM SELEBRITI PROFESIONAL
Armani Entertainment Group adalah sebuah label pengurusan artis dan label muzik yang bertanggungjawab menjadi wakil dan penasihat profesional bagi pemuzik dan pelakon.
Selain itu, AEG juga bertindak sebagai Platform Selebriti Profesional yang memberi jaminan, pulangan modal konsisten. Menyediakan platform ke dunia hiburan bagi individu berbakat dan berperwatakan menarik.
Sebagai tambahan, AEG juga bertindak sebagai syarikat produksi yang terlibat dalam penghasilan video berkonten untuk TV, media sosial, promosi korporat, iklan dan lain-lain media.
MISI AEG
“Misi AEG adalah untuk melahirkan bakat-bakat baharu yang dengan keperibadian baik dan boleh dijadikan sebagai role-model dengan motto label ‘impian anda kami jadikan kenyataan’.
ANTARA ARTIS DI BAWAH NAUNGAN
“Artis-artis di bawah naungan kami terdiri daripada penyanyi serta pelakon baharu yang berbakat besar. Kami juga berbangga menjadi wakil beberapa artis bertaraf A-list tanah air.
Antaranya rapper terkenal, MK (K-Clique), pengarah tersohor, Michael Ang, pelakon TV popular, Farah Nabilah, dan hos TV, Elly Ariffin,”
-jelas Pn. Zeileen Yusnita Abd Jalil, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi AEG.
PERSEMBAHAN DARI ARTIS AEG
Sepanjang berlangsungnya majlis, hadirin akan dihiburkan dengan beberapa persembahan daripada artis-artis AEG. Seperti Hasif Upin yang merupakan pelantun lagu ‘Janji Sampai Mati’, pendatang baharu, Yunadia yang muncul dengan single ‘Cha Cha Cinta’.
Syauqi Danial membawakan lagu ‘Kekasih Simpananmu’, Emeer Bakri dengan lagu ‘Fantasia’ dan girl group Mpop, COEX, menyanyikan lagu cover Raya ‘Cahaya Aidilfitri’.
Menariknya, majlis itu juga dihangatkan dengan acara cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa telefon pintar, iPad dan juga TV.
PERANCANGAN MASA HADAPAN
“Menjadi sebuah syarikat public listed dan peneraju label hiburan tanah air dan Asia Tenggara dalam melahirkan lebih ramai lagi artis-artis berbakat besar di bawah naungannnya.
-Ujar Dato’ KK Chua lagi