SIAPA PEMENANG PERADUAN FOTOGRAFI ZOOM INTO MALAYSIA, AMAZING! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Waa, nampak unik gambar yang dirakam kan. Tahniah buat pemenang!
PERADUAN FOTOGRAFI ZOOM INTO MALAYSIA
Telah berlangsung dari Mei hingga Jun 2023 dimana telah berjaya menerima 4,100 peserta dari seluruh Malaysia. Banyak tu yang masuk peraduan ini!
Secara tidak langsung dan sekaligus menjadikan peraduan ini sebagai platform yang dapat menggilap potensi mereka yang berbakat. Antara jalan atau cara untuk menjadi sebaik bidikan jurugambar profesional
RAKAM KEINDAHAN MALAYSIA
Para peserta perlu merakam keindahan Malaysia yang mengagumkan menggunakan telefon pintar Huawei. Pastinya ada spefikasi yang terbaik apabila membidik atau merakam menggunakan telefon ini
Baca: zoo negara
GUNA TELEFON PINTAR SAJA
Dengan menggunakan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan landskap negara yang cantik serta kaya dengan momen budaya yang meriah.
JENAMA XMAGE
Dilancarkan pada 2022, jenama XMAGE memfokuskan pada sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej dalam fotografi.
CIRI XMAGE
Keempat-empat ciri XMAGE dapat membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei yang tersedia.
Iaitu Kamera Ultra Apertur Siri HUAWEI Mate50 dan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra HUAWEI P60 Pro.
Apa yang lebih menarik menerusi telefon pintar ini juga dapat menghasilkan bidikan imej yang mengagumkan samada siang mahupun malam.
SOKONGAN TEKNOLOGI
Dengan sokongan teknologi XMAGE, Huawei terus memperkasakan jurugambar dengan alatan termaju untuk merakam keindahan landskap dan kemeriahan budaya Malaysia.
SIAPA PEMENANG
Bagi meraikan kemenangan pemenang bagi Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia , satu majlis yang cukup meriah di The Raw Studio by Metal Bees diadakan oleh Huawei Malaysia.
Acara ini sekaligus memberi penghormatan kepada bakat luar biasa di belakang lensa.
Semua pemenang berpeluang membawa hadiah yang cukup menarik. Antaranya seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5.
KAGUM DENGAN KREATIVITI
Kami kagum dengan tahap kreativiti dan kepintaran yang ditunjukkan oleh semua peserta. Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia bukan sahaja merakamkan visual yang menakjubkan.
Tetapi juga menyatukan jurugambar dari pelbagai latar belakang, masing-masing menyumbang penceritaan unik mereka melalui lensa telefon pintar Huawei.
-Encik Victor Xu, Pengarah Negara Huawei Malaysia Consumer Business Group (CBG)
Untuk maklumat lanjut tentang kempen Huawei yang akan datang, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, halaman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.