SIAPA PEMENANG KEMPEN 1 MILLION HAPPY MEMBERS SUSHI KING?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari yang ditunggu kini tiba untuk Sushi King mengumumkan pemenang untuk kempen terbaru mereka.

KEMPEN 1 MILLION HAPPY MEMBERS SUSHI KING

Kni telah menemui pemenang utama yang menawarkan hadiah pakej melancong ke Jepun. Pemenang yang bertuah telahh diraikan di Restoran Sushi King – Sunway Pyramid.

Untuk info Kempen 1 Million Happy Members telah berlangsung sepanjang bulan Mei 2023 dan berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dari ahli setia Sushi King.

Setiap ahli yang menyertai berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000.

Antaranya termasuklah gajet terkini seperti peranti Oppo, jam tangan Apple begitu juga dengan  kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points juga pakej percutian

SOKONGAN TANDA SETIA

Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members.

Amat terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun.

Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka.

Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place. Di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan

-kata Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd.

GANJARAN MAKAN PERCUMA?

Mohd Shahrin Samian adalah ahli yang ke sejuta menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun.

HADIAH UTAMA

Vyvian Elvy Jefry yang merupakan seorang suri rumah warga Sabah telah berjaya memenangi hadiah utama percutian ke Jepun.

Siapa sangka lawatan pertama beliau ke Sushi King ITCC Penampang untuk menjamu selera memberikan kenangan manis yang cukup bermakna.

HIDANGAN BARU

Disamping sambutan majlis penyampaian hadiah turut diperkenal menu terbaru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun.

Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka. 

Japonica Unagi dan Ramen Jepun

Apalagi jom pakat pakat singgah di Sushi King dan jangan lupa muat turun aplikasi di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini. 

Website | Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge