Segi Fresh Jadi Pilihan Untuk Membeli Barang Basah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Segi Fresh Jadi Pilihan Untuk Membeli Barang Basah|Segi Fresh bukanlah baru dalam family kami. Kalau abah nak beli barang basah sama ada ke pasar atau sini. Sebabnya dia kata semuanya segar a.k.a fresh. Abah akan call untuk follow dia pepagi untuk membeli di sini.

Awal pagi datang membeli lebih seronok sebab semua yang ada segar-segar. Pilihan banyak ye. Kalau anda pembaca setia KP pasti anda pernah terbaca artikel tentang Qurratul buat challenge disini. Dimana tahun lepas KP berikan challenge untuk Qurratul berbelanja dengan sejumlah wang yang diberi.

Segi Fresh

Buat yang belum pernah singgah, ianya adalah pasaraya yang menjual barangan basah mahupun kering. Terkini, Segi Fresh mempunyai 42 cawangan di serata Semanjung. Kalau pasal harga jangan risau, dimana harga mampu milik tidak kira untuk persendirian mahupun pemborong.

Barangan basah yang dijual semuanya segar. Lihat sahaja antara yang sempat dirakam sewaktu membeli;

Makanan Laut

Nie baru makanan laut. Cuba lihat ikan -ikan pula. Mahupun penuh peti sejuk kalau membeli nanti. Antara sebab KP suka membeli di sini ialah boleh minta untuk siang dan buang isi perut. Alkisah, KP memang tak suka buang isi perut bila ada servis nie berbunga-bungalah kite. 

Ikan- Ikan

Ayam pun ada tau.. Murah-murah juga. Khas untuk anda yang tidak makan ikan atau makanan laut. Dah pilih , timbang dan boleh minta untuk dipotong 10atau 12. Senangkan. 

Ayam

Sayur- sayuran

Sayur – sayuran pun ada juga, tinggal pilih dan bayar saja. Nak yang berdaun atau tak semua adalah.

Barang Kering

Nak beli bawang bawang atau cili pun ada. Bak kata pepatah- ‘Macam-macam adalah’.

Kalau ke Segi Fresh tak pernah lupa nak beli buah-buahan. Wajib tau ada sebagai pencuci mulut. Tidak semestinya kena ada manisan ada buahan pun jadi. 

Buah-buahan

Kalau share semua tak best lah. Apa kata ke sini dan rasai sendiri membeli barangan basah mahupun kering. Barulah seronok.  Biasanya bila Segi Fresh buat promosi, akan dikemaskini di Facebook mereka : https://www.facebook.com/Segifresh. Setiap minggu akan ada promosi untuk produk tertentu. Ada tu harga runtuh tau.

 Yang penting dalam satu bumbung boleh beli semuanya kecuali pakaian ye. Setakat barang basah, barang kering mahupun barang harian seperti plastik sampah, ubat gigi, sabun mandi dan sebagainya ada di sini. Nak beli persendirian mahupun memborong semua boleh. 

Nak tahu lebih lanjut, layari Segi Fresh

website: https://www.segifresh.com

facebook: https://www.facebook.com/Segifresh



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge