SecretModest dari Asfarena Adalah Sentuhan Kreativiti Penuh Illusinasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SecretModest dari Asfarena Adalah Sentuhan Kreativiti Penuh Illusinasi|Perjalanan diari seorang tukang jahit yang lebih dari 20 tahun dalam karier ini mejjadikan founder Asfarena mencuba dan membuat penambahbaikan pada setiap potongan pakaian yang di buat. Selain itu ada saja yang ditambah dek kerana idea kreativiti yang tersimpan didalam mindanya selama ini.

SecretModest berkisah tentang idea-idea rekaan dengan kreativiti penghasilan dari pembuatan kepada perincian yang dicipta khusus untuk sesuatu rekaan . Ia bakal dipamer dari suatu musim ke suatu musim. Penghasilannya adalah terhad kerana hasil jreativiti minda yang hals serta pembuataan yang rumit. Ia juga mengetengahkan jahitan Courture Haute di setiap rekaan walaupun hanya sehelai skirt.

Kerja kuat founder Dato’ Asfarena ini telah mencurahkan ilmu dan tenaga dengan melatih serta menjadi tenaga pengajar dalam bidang jahitan tangan kepada lebih 5000 pelajar di Institut Jahitan milik beliau sendiri sejak tahun 2007.

”.Fokus dan dispilin dalam melakukan sesuatu kerja itu ada prinsip yang saya amalkan……..”

-kata Dato’ Asfarena Samion, Pengasas SECRETMODEST.

Icon SecretModest terpilih adalah Puan Salamiah Hassan yang sudi berkerjasama untuk tempoh setahun.  Setiap pakaian yang bakal diperaga dan dipakai oleh Puan Salamiah untuk segala aktiviti nyanyian beliau akan direka oleh team ini. Pemilihan ini adalah kerana bersesuaian dengan perwatakkan dan karisma yang beliau cerminkan. Seorang wanita yang versertail dan berpenampilan menarik sesuai dengan rekaan SecretModest yang mementingkan elemen kreatif dan unik

Harapan Dato’ Asfarena ia dapat dilancarkan sepenuhnya pada pertengahan bulan Jun tahun ini akan membawa sesuatu yang baru dalam era rekaan fesyen dari hasil pembuatan dan gabungan teknologi terkini rekaan



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge