Sardin Berapi
- Cili Giling – 1sudu besar
- Cili Kisar Hidup – 1 sudu besar
- Sardin Dalam Sos Tomato (ikut suka jenama apa yang anda guna) – 1 tin
- Cili Api Hidup – 4-5 ulas
- Garam – secubit
- Gula – secubit
- Panaskan minyak
- Tumis cili giling, cili kisar hidup dan cili api hidup.
- Bila dah pecah minyak tuangkan sardin dalam tin.
- Gaulkan dengan tumisan tadi.
- Ikut pada anda ada yang suka isi ikan dihancur dan ada yang suka seketul-ketul.
KP guna sardin jenama ini sebab ini sahaja yang sempat beli masa mula mula PKP. Asal syarat ada bukan ?Sardin yang ini sosnya adalah sos tomato. Itu yang KP tambahkan cili agar pedas tetapi tak sangka berapi. Haa… Lihat dari isi dia nampak cantik, tak pecah dan kuah pun pekat.
Inilah hasilnya selepas berperang diatas dapur.
Satu peringatan untuk anda yang ingin mencuba resipi ini , silalah tambah cili-cili ini mengikut kepedasan anda. Lagi banyak cili diletakkan lagi pedas jadinya. Anda yang suka pada makanan pedas ,mesti suka . Oh ye hidangan ini bukan setakat dimakan bersama cukentang. Boleh makan dengan nasi panas maupun roti.
KP pun siap repeat makan sardin berapi nie waktu sahur. Nak masak terutama masa time sahur nie mungkin agak kekangan masanya. Jadi dengan resipi ini mudah dan ringkas untuk anda. Apa lagi jom masak .
sedap pulak tgk sardin ni, yumss..
wah berapi sungguh ni hihi..ok nnt sha try