Dengan Produk Segi Fresh Market Ini Dia Cukentang Cicah Sardin Berapi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan Segi Fresh Market Terhasil Cukentang Cicah Sardin Berapi |Bulan Ramadan ni pastinya selera masing-masing besar. Ada sahaja yang nak dimakan, dimasak untuk sendiri mahupun mereka yang tersayang. Sama juga jika ke PARAM atau bazaar Ramadan semuanya nak dibeli. Takda yang tak dibeli. KP lagi suka jika masak dari membeli di bazaar sebab kepuasan dalam memasak .

Kalau bulan Ramadan KP akan pastikan barangan wajib sebahagiannya seperti telur, maggi, sardin, susu, biskut , bihun dan ada lagi. Barangan yang dibeli pastilah murah atau berpatutan dan lagi bagus jika keluaran tempatan. Antara tempat yang selalu KP singgah untuk membeli adalah Segi Fresh Market.

Tahu tak tagline mereka ialah ‘Pilih Fresh, Pilih Segi’ . Sebabnya Segi Fresh senantiasa pastu pelanggan yang datang berpuas hati dengan kualiti kesegaran selain dari harga berpatutan. Lagi murah harga barang dijual lagi ramai yang datang membeli bukan ?

Ha.. minggu pertama Ramadan tahun ini anak-anak turun padang untuk membantu KP memasak di dapur. Kali ini menu yang bakal dikongsikan senang, mudah dan penting lazat untuk di masak tidak kira untuk yang bujang, berdua mahupun keluarga besar.
Jom lihat menu simple dari keluarga berempat kami dengan menggunakan produk dari Segi Fresh Market. Cukentang sebenarnya adalah cekodok isi kentang. Biasa isi ikan bilis atau ayam kali ini anak teruna nak letak kentang didalamnya.
Resipi Cukentang
Kentang Rebus (ikut suka berapa biji )
Tepung Gandum
Telur
Garam secukup rasa
  • Kentang yang direbus dicampur dengan tepung gandum. Letak sebiji telur dan sedikit air .
  • Gaul hingga sebati tambahkan air sedikit dan garam secukup rasa. Jangan terlampau cair ye adunan
  • Goreng didalam minyak dengan api sederhana. Agak dah masing warna kekuningan boleh diangkat
Sardin Berapi 
Cili Giling
Cili Kisar Hidup
Sardin Dalam Sos Tomato
Cili Api Hidup
Panaskan minyak , tumis cili giling, cili kisar hidup dan cili api hidup. Bila dah pecah minyak tuangkan sardin dalam tin. Sardin yang ini sebab dia sos tomato itu yang KP tambahkan cili agar pedas tetapi tak sangka berapi. Haa… Isi dia nampak cantik dan kuah pun pekat.

Inilah hasilnya selepas berperang diatas dapur.  Satu peringatan untuk anda yang ingin mencuba resipi ini , silalah tambah cili-cili ini mengikut kepedasan anda. Lagi banyak cili diletakkan lagi pedas jadinya. Peminat makanan pedas pasti suka . Oh ye hidangan ini bukan setakat dimakan bersama cukentang. Boleh makan dengan nasi panas maupun roti. KP pun siap makan sardin berapi nie waktu sahur.

Teh O Ais Laici Anak Dara
Memandangkan sardin berapi jadi anak dara siapkan air terbaik untuk dinikmati sekali . Semestinya Teh O Ais dicampur dengan laici. Laici kali ini dari jenama Trader’s Choice. Walaupun ada yang kata jenama tak kenal tapi bagi KP asalkan kualiti buah dalam tin dia banyak dan harga berpatutan OK saja. Yang penting halal ye!!
Dah siap bancuh air , letak laici dalam bekas air Teh tadi

Letak ais supaya lagi sejuk lagi sedap. Lelagi makan sardin berapi so ini pakej terbaik bukan!

Supper katanya
Jam 1030 katanya lapar tapi nak makan atau minum hidangan yang ringan. Pergi ke dapur cari apa yang boleh dibuat. Ada juga Premix Coffee 3 in 1 dari Segi Fresh. Terus bancuh dalam gelas dengan air panas. Kasi biskut gula untuk dicicah .Siap makan minta tambah lagi sambil nonton filem Happy Ghost 2
Ini adalah sebahagian saja, masih banyak lagi barangan berkualiti yang boleh didapati di Segi Fresh Market. Apa kata cuba pergi sekali tengok dan lihat sendiri betul ke tak apa yang KP katakan. Jangan kata KP tak payung ye dan nak tahu apa apa promosi yang ada di Segi Fresh Market layari

Instagram :  https://www.instagram.com/segifreshmarket



17 thoughts on “Dengan Produk Segi Fresh Market Ini Dia Cukentang Cicah Sardin Berapi”

  1. Oh, cekodok kentang rupanya. Macam bahasa Indonesia dah bila guna singkatan macam cukentang dan param tu. Haha. Tapi cekodok kentang pun favourite saya juga. Sedap kalau buat minum pagi atau minum petang! Aduh sardin tu buat lapar lah pulak tengah hari ni. Ops!

  2. wow..sedapnyer cuq kentang..tak pernah lagi ke segi fresh ni….tapi ramai yg cakap murah dan segar…takleh jadi ni.hari minggu ni nak terjah la nnt..

  3. Tak pernah lagi cuba buat cukentang ni..nampak cam menarik dan resepi baru ni, nanti boleh le cuba buat. Makan pulak dengan sardin, perghhh sure sedap ni kan. Sis pun baru buat sardin gak, jenama segi fresh gak..harga murah gila dari luar tapi rasa tetap sedap

  4. Baguslah produk yang dijual di Segi Fresh. Dahlah murah, segar segar pulak tu. Eh cukentang tu saya pernah buat tapi saya tak potong dadu macam tu. Saya sagat halus. Tapi memang sedap cukentang ni cicah plak dengan sambal sardin. Pergh bertambah sedap

  5. Banyaknya barang dia beli.. Stok sebulan ni.. Hehehe.. Ramai beli dekat segi, kata murah.. Bolehla beli belh nanti dekt sana.. Barag dapur pun dh hbis.. Nam maknaan dia dasyt.. Hhehehe

  6. omeyyynyaaa nama dia Cukentang… tak pernah try lagi buat cucuq kentang macam ni. selalu pakai ikan bilis, bawang or jagung je. Tapi kan apa benda pun kalau cicah dengan sardin memang sedappp

  7. Cukentang? Haha comel je. Btw sardin jenama ni memang not bad pun. Emi ada beli beberapa tin haritu, sedaplah! Harga pun jimat bila beli kat segi fresh.

  8. First time aku belajaR buat sardin simple macam ni. Nampak sedap. Selalu aku beria tumis ngan bawang bagai hahaha. Tapi mmg sedap makan dengan cekodok kentang

  9. Dah lama jugak tak buat cucur. Sedapnya makan time hangat hangat tu kan..
    Cicah pulak dengan sambal. Memang best ni.
    Bila la nak buat. Kang buat, anak anak memang takmo makan.

  10. segi nie memang murah2 kan Kak Nannie. ramai memilih segi sebab harganya sangat berpatutan. sy selalu shopping barang dapur basah dekat segi nie. mujur dekat je dengan tempat yg sy tinggal. nanti nak cuba buat jugaklah cucur cicah sardin ebrapi tu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge