SAMSUNG GALAXY A53 5G, JOM UNBOXING TENGOK BEST KE?

SAMSUNG GALAXY A53 5G, JOM UNBOXING TENGOK BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam zaman yang penuh teknologi dan dihujung jari ini, antara peranti yang wajib ada adalah telefon bimbit. Telefon bimbit atau lebih digelar sebagai ‘smartphone’.

Pelbagai jenama dari satu ke satu akan mengeluarkan produk terbaru mereka. Yang masing-masing ingin menjadi terbaik dalam terbaik. Jom tengok yang mana terbeli !

SAMSUNG GALAXY A53 5G

Ini adalah di antara produk terkini dari Samsung. Lebih terkini dari Samsung A52s tahun sebelumnya. Perbezaan untuk kali ini, KP boleh katakan ia sesuai untuk anak-anak yang sedang melalui kelas via online ‘PDPR’.

WARNA

Teruja dengan warna Awesome Blue, tetapi tiada stok jadi dapat Awesome White. Cantik juga sebab ala-ala cam bersinar lak. Warna lain ada Awesome Black dan Awesome Peach.

UNBOXING SAMSUNG A53 5G

Sebagai standard untuk setiap pembelian memang akan ada

  • Smartphone Samsung Galaxy A53 5G
  • Kabel USB
  • Pin Untuk Sim Kad
  • Panduan Menggunakan Smartphone
  • Warranty Kad – Ini Penting YE!

SMART PHONE

Warna putih [Awesome White]. Siap di balut dengan plastic menandakan yang belum diusik. Pilihan kali ini mempunyai ruangan memori – 256GB

KABEL USB

Menggunakan kabel USB Type-C 2.0 , dan juga USB On-The-Go

PIN UNTUK SIM KAD

Ianya adalah pin – digunakan untuk ‘eject’ ruangan meletakkan sim kad atau memory kad. Manalah tahu ada yang inginkan storage lebih. Jangan terkejut masa beli KP dah tambah memori kad lagi.

CHARGING

Aspek yang membuat KP memilih untuk membelinya disebabkan bateri & fast charge. Mana taknya penggunaan smartphone boleh dikatakan setiap minit kecuali tidur. Bateri dari 4500mAh kepada 5000mAh amat membantu.

Selain bateri, fast charging memainkan peranan penting. Ini yang patut dititikberatkan sebelum membeli. Fast charging 25W [laju tau .. ]

PENGECAS TIADA

Jangan terkejut kerana memang untuk series A dan juga Series S tiada pengecas diberikan dalam kotak sewaktu pembelian.

PENGIMBAS CAP JARI

Bab ini memang ‘WIN’. Senang untuk diri sendiri dimana guna pengimbas cap jari dah boleh on screen. Lebih pantas dari nak maksudkan kod atau pattern.

BERAT ATAU NIPIS?

Of course jawapannya adalah nipis. Tak percaya pada mulanya, tapi bila dapat pegang sendiri dan menggunakannya, memang setuju. 189gm saja [6.67oz] dengan 6.5 inches.

KAMERA

Sesuai untuk KP yang selalu menggunakan phone untuk mengambil gambar review, event mahupun rekod video. Menggunakan kamera 64MP dengan OIS.

Video pula 4K@30fps, 1080p@30/60fps. Jadi boleh bayangkan betapa cantik dan tajam hasil kualiti yang diambil.

Tak puas nak kongsikan tentang pemilihan Samsung Galaxy A53 kali ini. Ada promo sempena Raya 2022 nie, apa kata layari

Website |

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge