SAMSUNG 35L CONVECTION MICROWAVE OVEN WITH HOTBLAST™, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda masih ada lagi wish list yang belum dipenuhi? Ataupun ada yang ingin dimiliki atau dibeli tetapi masih belum dijumpai?
Bagi KP masih ada lagi dalam list yang belum dicapai untuk tahun 2022 ini. Masih lagi mencari-cari untuk memiliki microwave oven yang boleh dimasak dengan pelbagai cara.
Terbaru ada rakan yang rekomenkan microwave oven yang ini. Apa yang best tentang yang ini, apa kata jom ‘check it out’
SAMSUNG 35L CONVECTION MICROWAVE OVEN WITH HOTBLAST™
Inilah produk yang direkomenkan pada KP. Kalau ditanyakan memang sesuai untuk anda yang suka memasak. Mana taknya pelbagai hidangan boleh dimasak menggunakan-nya.
Jenama dari Samsung bukanlah baru dimana ianya mempunyai reputasi yang tersendiri dimana reputasi terbaik dalam peralatan rumah dan juga dapur.
Untuk model Samsung 35L Convention Microwave Oven With HotBlast™ adalah model (MC35R8088LV/SM).
REKABENTUK
Ianya sentuhan kaca sepenuhnya – HotBlast™ dan dalaman pula adalah enamel seramik. Berkapasiti 35 liter dan mempunyai ukuran 528 X 404 X 481mm.
Mempunyai pelbagai mod memasak dari pra-panas[preheat], mod eco, ‘steam’, ‘air fry'[goreng udara] dan paling penting ada kunci keselamatan kanak-kanak [child lock].
Kuning antara warna pilihan yang menjadi trend terkini. Tiada lagi warna hitam atau putih untuk kelengkapan dapur anda.
Bila warna sebegini sedikit sebanyak menaikkan mood untuk memasak lagi kerap sebab keceriaan-nya
AKSESORI DISERTAKAN
Selain microwave oven pasti ada yang tertanya ada apa yang diberikan bila membelinya. Seperti biasa -buku panduan manual, rak dawai , pengukus [untuk steam] dan ‘crusty plate’.
SENTUHAN LED
Untuk penggunaan microwave ini, kebih fokus menggunakan kawalan sentuh kaca dengan LED apabila mengendalikan-nya.
Paparan kelihatan jelas dan memberikan pengalaman memasak lebih menyeronokkan dan hebat!
FUNGSI HOTBLAST™
Apa yang dimaksudkan dengan HotBlast™. Ianya adalah teknologi terbaru dimana dapat membantu dalam mengurangkan masa untuk memasak.
Udara panas yang dikeluarkan ditiup melalui berbilang lubang udara yang ada dan terus ke makanan. Secara tidak langsung makanan dimasak secara sekata dengan bahagian luar rangup.
Jadi untuk memiliki-nya terutama bila musim perayaan memang membantu sangat dalam membakar kuih-muih, biskut mahupun hidangan yang lain.
‘CRUSTY PLATE’
Apa yang dimaksudkan dengan ‘crusty plate’? Kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu adalah pinggan berkerak. Sebenarnya ia adalah plat atau pinggan yang direka khas untuk mengalirkan minyak dengan mudah.
Oleh kerana ia lekuk di tepi, minyak boleh dikumpulkan dan dikeluarkan dengan mudah apabila memasak hidangan seperti ayam goreng atau kentang goreng.
Jadi tidak perlu risau tentang minyak berlinangan mahupun dalam segi pembersihan.
AIR FRY [GORENG UDARA]
Mengikut DBP, Air Fryer bermaksud penggoreng udara jadi untuk air fry adalah goreng menggunakan udara. Apakah fungsi penggoreng udara?
Dimasak dengan menggunakan peredaran udara panas dan ‘crusty plate’ yang dipanaskan. Hidangan menjadi lebih rangup di dalam dan berair [juicy] diluar dengan cuma memasak dengan sedikit minyak.
Tiada lagi kuali berminyak atau percikan minyak! Gabungan sumber haba dan gelombang mikro ini dapat mengurangkan sehingga 50% berbanding dengan penggoreng udara. [Lain makanan berbeza ye]
PRA-TETAP BERAT MAKANAN
Ada ke microwave yang boleh berbuat sebegini? Setakat yang KP tahu, Samsung 35L Convention Microwave Oven With HotBlast™ mempunyai fungsi ini.
Ia boleh melaraskan makanan anda yang telah dibungkus mengikut berat bungkusan. Selain itu juga ada fungsi penapaian iaitu membuat doh dengan mudah atau yogurt sendiri!
BEST KE GUNA?
Kalau tanya siapa saja yang tidak suka. Mana taknya, banyak masa dapat dikurangkan apabila menggunakan Samsung 35L Convention Microwave Oven With HotBlast™.
Selain itu fungsi 3 dalam 1 atau memasak 4 dalam 1 secara langsung memberi lebih pendekatan untuk menyediakan masakan dirumah dari makan diluar.
Lebih cepat , mudah dan ringkas dengan menggunakan fungsi yang ada. Kalau nak tahu lebih lanjut jangan lupa layari