Sambut ketibaan Tahun Lembu di ‘Centre Court’ Suria KLCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SAMBUT KETIBAAN TAHUN LEMBU DI ‘CENTRE COURT’ SURIA KLCC| Suria KLCC diserikan dengan keceriaan warna merah  tatkala kaum Tionghua menyambut ketibaan Tahun Lembu. 

‘Centre Court’ Suria KLCC kini telah ditransformasi dengan hiasan dan elemen Taman  Tradisional Cina berserta tanglung dan pepohon sakura yang pastinya memukau para  pengunjung yang melihatnya.

Susunan kemasan yang menggambarkan ketenangan Taman  Tradisional Cina ini diserikan lagi dengan dengan perhiasan bertemakan perayaan Tahun Baru  Cina yang mempersonakan disetiap pintu masuk utama. 

“Walaupun dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, Suria KLCC tetap  berusaha untuk membangkitkan suasana perayaan bersesuaian dengan pentingnya sambutan  Tahun Baru Cina 2021.

Disamping tegas memastikan keselamatan melalui saringan suhu di  setiap pintu masuk dan kru sanitasi yang diperkukuhkan. Kami yakin para pengunjung akan  kagum dan menghargai keindahan hiasan Taman Tradisional Cina ini,”

-kata Andrew Brien,  Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. 

“Ketibaan Tahun Lembu kali ini akan diraikan dengan penuh keceriaan bukan sahaja melalui  transformasi fizikal yang ditampilkan di pusat membeli-belah ini.

Malahan aktiviti atas talian juga  turut disediakan untuk para pelanggan kami. Kami akan berusaha untuk memastikan keriangan para pelanggan kami sambil mengimbau tahun yang telah berlalu,” tambah beliau.

Tahun ini, Suria KLCC juga akan menumpukan perhatian kepada anggota barisan hadapan  negara yang begitu berdedikasi dalam memerangi Covid-19. 

“Anggota barisan hadapan bertungkus-lumus untuk memastikan keselamatan kita semua. Suria  KLCC begitu menghargai pengorbanan, dedikasi, komitmen dan ketabahan anggota barisan  hadapan dalam menangani situasi pandemik yang belum pernah dialami sebelum ini,” kata Brien 

Justeru itu, Suria KLCC berbesar hati ingin menyumbang barangan makanan bernilai RM15,000  kepada para petugas di Hospital Sungai Buloh.

Barangan makanan tersebut terdiri dari kopi, teh,  Milo dan pelbagai jenis biskut dan mi segera untuk memudahkan pasukan perubatan barisan  hadapan mengalas perut memandangkan hanya sedikit masa terluang untuk menikmati juadah  dengan sempurna. 

Brien juga menambah bahawa Suria KLCC akan terus memantau keadaan semasa untuk  memastikan samada bantuan tambahan dapat terus disumbangkan kepada anggota barisan  hadapan dan institusi perubatan. 

Para pelanggan pasti yakin bahawa Suria KLCC kekal selamat dengan suasana,  memandangkan amalan tahap kebersihan yang tinggi dan nyah-infeksi harian yang setanding  dengan piawaian terbaik global. 

Dengan jaminan ini, para pelanggan boleh menikmati suasana yang disajikan di pusat membeli belah ini dari sekarang hingga 21 Februari 2021, dengan pelbagai tawaran yang menarik. 

Aktiviti dan Peraduan atas talian yang menarik 

i. Peraduan ‘LUCKY OX’  

Peraduan atas talian yang menyeronokkan, di mana ‘LUCKY OX’ menjemput para peserta untuk  ‘memburu’ 8 paparan lembu pelbagai warna yang muncul secara rawak di halaman utama laman  web www.suriaklcc.com.my

Para peserta memulakan ‘buruan’ dengan klik (atau sentuh pada skrin telefon bimbit) pada  paparan lembu pelbagai warna dan mengumpulkan 8 warna paparan lembu yang ditetapkan.

Kemudian lengkapkan butiran bersama ucapan Tahun Baru Cina yang kreatif. Anda layak untuk memenangi cabutan bertuah bernilai RM100 dalam bentuk baucar membeli  belah.

30 pemenang ‘LUCKY OX’ akan dipilih berdasarkan Ucapan Tahun Baru Cina yang paling  kreatif. Peraduan ini sedang berlangsung, iaitu dari 22 Januari sehingga 4 Februari 2021. 

ii. Share To Win” 

“Share To Win” adalah sebuah peraduan mini yang dikelolakan untuk peminat Facebook di mana  mereka boleh berkongsi paparan mereka mengenai peraduan ‘LUCKY OX’.

80 pemenang akan  dipilih berdasarkan aktiviti Facebook mereka bersama #ShareToWin selama 4 hari sepanjang  tempoh promosi yang bermula 22 Januari sehingga 2 Februari 2021.

Peserta perlu  memperhatikan hashtag ini menerusi laman Facebook Suria KLCC  (www.facebook.com/SuriaKLCCMall) dalam sebarang muatnaik sepanjang tempoh peraduan.

Jadilah di antara peserta terawal yang berkongsi paparan tersebut dalam Facebook wall  dengan pautan @SuriaKLCCMall bersama 3 rakan untuk memenangi baucer membeli belah bernilai RM50. 

iii. Tarian Singa Augmented Reality (AR) 

Bagi mereka yang menganggap tarian singa sebagai satu kemestian tatkala menyambut  perayaan Tahun Baru Cina, satu lagi aktiviti atas talian yang memaparkan elemen kebudayaan  ini melalui Tarian Singa AR juga bersama pautan #ShareToWin.

20 pelanggan terawal membuat  perkongsian Tarian Singa AR ini dalam Facebook mereka bersama 3 rakan, akan memperoleh  baucar membeli belah bernilai RM50.

“Shoppers Reward Programme” 

Suria KLCC juga akan memberikan sampul merah EP YAYING dan baucar tunai dalam program  ini. Pelanggan E-newsletter kami akan menerima notifikasi melalui emel untuk menebus 1 set  sampul merah EP YAYING dan baucar bernilai RM168 dari 22 Januari hingga 12 Februari 2021. 

Pelanggan yang yang tersenarai dalam SMS kami juga akan menerima pesanan yang sama  mengenai penebusan barangan EP YAYING.

Untuk para pelanggan yang berminat melanggan  E-newsletter kami, pihak concierge kami sedia membantu sesiapa yang ingin mendaftar bagi  mendapatkan maklumat terkini mengenai sebarang promosi kami. 

“Kami sedar yang tahun ini adalah mencabar untuk sebilangan besar daripada kita dan dekorasi  Tahun Baru Cina, aktiviti aktiviti dan hadiah hadiah menarik.

Selain itu inisiatif tanggungjawab  sosial korporat (CSR) untuk barisan hadapan adalah sebahagian daripada sumbangan kami  untuk menceriakan semua pihak. Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan  semoga semua akan kekal tenang dan selamat untuk bulan-bulan yang mendatang,”

-tambah  Brien. 

Untuk maklumat lanjut layari

Website |Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge