RUMAH TERBUKA HARI RAYA DATUMCORP INTERNATIONAL MERIAH & BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda dengan DatumCorp? Ataupun Datum Mall?
DATUMCORP INTERNATIONAL
Salah satu syarikat pemaju hartanah di Malaysia, DatumCorp International Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Mengibaratkan jenamanya sebagai pengganda nilai bagi semua lapisan masyarakat.
Sempena bulan perayaan ini, DCI bertekad menggandakan lebih banyak nilai dengan mengetengahkan konsep ‘Bridging the Community untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri lebih bermakna.
KONSEP ALA PADANG PASIR UNTUK RUMAH TERBUKA RAYA
Bagi menyampaikan mesej berkenaan, DCI memilih satu elemen yang relevan dengan Hari Raya Aidilfitri. Juga sinonim dengan titik mula pelbagai detik suka-duka dalam kehidupan masyarakat iaitu konsep “warung ala padang pasir”.
RUMAH TERBUKA RAYA 2023
Bagi memupuk semangat kebersamaan, DCI menganjurkan Rumah Terbuka Raya 2023 pada hari ini untuk semua kenalan korporat, perniagaan, majlis tempatan.
Termasuk tetamu dari pelbagai agensi seperti agensi keselamatan, kesihatan dan pembeli kondo Datum Jelatek Residensi.
Tidak lupa pada penggiat seni dan masyarakat setempat bagi merakam setiap detik di mana semua lapisan masyarakat bersatu kerana nilai yang dikongsi bersama bagi mengeratkan jalinan semua.
KUMPUL BERSAMA BERKONGSI RUANG
Kami berbesar hati untuk berkumpul bersama dengan berkongsi ruang untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna.
Tambahan lagi venue yang dipilih adalah di concourse area Datum Jelatek shopping centre bagi memupuk semangat berhari raya dengan menampilkan dekorasi ala negara Arab.
-kata Pn Sazela Mohd Safie , Pengurus Kanan Jualan & Pemasaran Datum Jelatek Residensi yang mewakili DatumCorp International
Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dengan kehadiran artis jemputan Liza Hanim, kumpulan Ghazal dan pelbagai juadah istimewa daripada DCI termasuk hidangan-hidangan khas seperti Kambing Golek.
INFORMASI DATUMCORP INTERNATIONAL
Bertanggungjawab dalam pembangunan Datum Jelatek yang merupakan residensi eksklusif dan pusat membeli belah berkonsepkan transit-oriented development (TOD) berhubung terus dengan stesen LRT Jelatek.