RESTORAN ABURII YAKINIKU TTDI KL HIDANGKAN DAGING WAGYU, BEST!

Siapa yang meminati daging wagyu, wajib singgah ke Aburii Yakiniku TTDI KL! Tak percaya datang sendiri dan nikmati kelazatan daging ini .

ABURII YAKINIKU TTDI KL

Restoran ini terletak di 5, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

Diasaskan oleh Mr. Linchi Wong dan rakan kongsinya dan dibantu oleh chef-chef hebat yang berpengalaman untuk menghidangkan menu di sini.

WAGYU A5 ABURII

Diimport dari Prefektur Miyazaki, terkenal kerana menghasilkan beberapa daging lembu yang paling lazat di dunia. Untuk pilihan daging, seekor lembu dipilih dan proses pemilihan ini agak teliti dari pihal chef.

Mana taknya ini untuk memastikan setiap potongan daging wagyu yang disajikan di Aburii mempunyai kualiti dan rasa yang terbaik.

Setiap hidangan dan masakan memberikan komitmen untuk menawarkan tetamu perjalanan gastronomi yang tidak dapat dilupakan bersama sentuhan hiasan mewah.

ABURII YAKINIKU

PAKAR DALAM WAGYU YAKINIKU

Diketuai dan diterajui oleh Chef Zeniq antara chef yang mempunyai pengalaman yang lebih dari 10 tahun dimana Aburii bukan saja pakar dalam Wagyu yakiniku tetapi juga makanan laut Jepun yang segar.

MIYAZAKI A5 WAGYU

Wagyu dihidangkan kepada pelanggan dan dilayan oleh chef yang menawarkan Miyazaki A5 Wagyu yang disahkan Halal dan diimport setiap dua minggu. Memastikan hanya BMS11 atau BMS12 Miyazaki A5 Wagyu dihidangkan segar.

RAMADAN SET ADA RENDANG WAGYU

Sempena Ramadan ini, Aburii telah memasukkan menu hidangan tempatan ke dalam menunya. Termasuk rendang daging lembu Wagyu Jepun A5, yang digemari pelanggan kerana rasanya dan teksturnya yang cair di mulut anda.

Konsep Aburii menampilkan pengalaman makan Jepun yang mewah namun menyeronokkan dengan cara pembakaran

SUSHI PUN ADA

Wagyu Yakiniku, turut mempunyai makanan shushi makanan laut dan pembuka selera yang lain yang lazat seperti salmon dan tuna.

Beberapa hidangan kegemaran Aburii

termasuk kombo Wagyu (kombo Shibuya 400g dan kombo Ginza 600g),

Ayam goreng arang.

Foie Gras unagi

A5 Wagyu gyoza

Menikmati hidangan disini bakal memberi pengalaman baru dimana dapat merasai pelbagai jenis daging wagyu dalam pelbagai bahagian dalam satu set.

Website| Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge