REPVBLIK BAND SAMBUT ULANGTAHUN DENGAN KONSERT, PASTI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ingin cipta kenangan bersama peminat di Malaysia dengan hadiah yang paling istimewa.
REPVBLIK BAND
Ingin cipta kenangan sempena 19th Anniversary Repvblik Band Live in Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2023 bertempat di Zepp Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan ulangtahun.
LAGU POPULAR REPVBLIK BAND
Sandiwara cinta, Selimut tertangga, Sayang sampai mati antara lagu-lagu popular kumpulan dari Indonesia iaitu Repvblik Band.
Sudah pasti peminat-peminat kumpulan muzik ini, mengingati dan menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut.
Peminat-peminat khususnya di Malaysia pasti tidak sabar apabila setelah sembilan tahun (9) tahun, kumpulan yang berasal dari Bogor, Indonesia tidak mempamerkan persembahan di pentas Kuala Lumpur
KEKALKAN KEDUDUKAN ANTARA PEMUZIK
Malahan, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.
Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Repvblik Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan.
KONSERT REVPBLIK
Konsert Revpblik ulang tahun ke-19 ini dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning bakal menyajikan peminat dengan pertembungan karya-karya baharu dan lama.
16 LAGU BAKAL DINYANYIKAN
Antara lagu hits mereka Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi yang pernah melonjakkan nama kumpulan band ini.
Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti.Proses pemilihan lagu agak mencabar kerana memikirkan lagu yang paling disukai serta karya terbaik daripada seleksi album mereka.
GENRE POP ROCK & ROCK ALTERNATIF
Repvblik Band yang memperjuangkan genre Pop Rock dan Rock Alternatif menghasilkan lapan (8) album sejak dalam industri muzik pada tahun 2004.
Untuk 2023 telah mengeluarkan sebuah lagu iaitu Sandiwara Lagi. Dihasilkan menerusi kisah cinta sebenar vokalis Repvblik Band, Ruri Herdian Wantagio juga pencipta untuk lagu tersebut.
YULETTA YUCHA PUN ADA?
Persembahan pada malam itu nanti akan menampilkan Yuletta Yucha, Tiktokers yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan,.
Beliau akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band.
Kumpulan yang dianggotai 4 orang ahli iaitu Ruri (Vokalis), Lavy (Bass), Tyar (Keybord dan Backing Vokal), dan Ei (Gitar utama) telah bergiat aktif sejak 2007.
HARGA TIKET
Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11 Pagi.
Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.
LAGU SANDIWARA CINTA HIT
Untuk rekod, lagu Sandiwara Cinta merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 113 juta jumlah tontonan di platform Youtube.
Selain lagu tersebut sering menduduki carta lagu di stesen radio tempatan, lagu-lagu dari Repvblik Band sering diputarkan dicorong-corong radio tempatan.
AYTIE MANAGEMENT
Dengan pasukan produksi di bawah Aytie Management yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini, sudah pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti akan terpahat dalam jiwa semua yang hadir.