REAKASIH 2026 : IMPAK POTONGAN RAMBUT & MISI SANG KUTU, WOW!
Lain daripada yang lain! Program REAKASIH 2026 di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras tampil unik dengan transformasi gaya rambut, sumbangan khas, serta misi kritikal memburu ubat kutu demi keceriaan adik-adik.
PROGRAM REAKASIH 2026
REA Empire Perkasa Program REAKASIH 2026, Bukan Sekadar Gunting Rambut Percuma Malah Bawa Misi Penjagaan Diri Buat Anak Yatim. Program REAKASIH 2026, sebuah inisiatif kebajikan yang menyantuni lebih 1,500 anak yatim, golongan asnaf, OKU, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara.
PERKHIDMATAN GUNTING DAN DANDANAN RAMBUT
Program yang berlangsung sehingga 27 Disember 2026 ini bukan sekadar menawarkan perkhidmatan gunting dan dandanan rambut secara percuma, malah turut memberi pendidikan penjagaan rambut, bantuan keperluan asas, sesi motivasi serta aktiviti kemasyarakatan yang menyentuh kehidupan penerima manfaat.

Kelainan luar biasa dipamerkan dalam program CSR Rea Empire yang berlangsung di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras baru-baru ini. Komuniti di bawah naungan Rea Empire—sebuah jenama empayar perniagaan yang menaungi pelbagai produk usahawan tempatan dan agen dropship—telah turun padang membawa impak yang cukup menyentuh hati.
SENTUHAN PROFESIONAL DARIPADA BARBER TEMPATAN
lokasi terawal program ialah Rumah Kasih Harmoni (RKH), Paya Jaras, di bawah naungan Persatuan Pengurusan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), dengan penglibatan lebih enam barber profesional daripada The Scissor Barbershop, Hit Barber dan Hauz Salon turut serta turun padang secara sukarela

Kehadiran mereka bukan sekadar untuk menabur bakti, malah menjadi simbolik sumbangan kreatif komuniti barber dalam menyokong kebajikan anak-anak yatim dan asnaf melalui kemahiran yang mereka miliki.
BUKAN SEKADAR GUNTING
MENGAJAR PENJAGAAN RAMBUT
Inisiatif ini tampil berbeza kerana ia tidak terhad kepada aktiviti memotong rambut semata-mata. Sepanjang sesi berlangsung, para barber dan warga Rea Empire turut mengambil peluang untuk mengajar adik-adik tentang ilmu penjagaan rambut yang betul.
Edukasi ini merangkumi cara mencuci, menjaga kebersihan kulit kepala, dan yang paling utama, kaedah menangani serta mencegah pembiakan kutu rambut. Antara pengisian sesi transformasi gaya rambut termasuklah:
✔ ADIK PEREMPUAN
:Diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih potongan rambut kegemaran mereka agar tampil lebih yakin, ceria dan mudah untuk diurus.

✔ ADIK LELAKI
Digayakan dengan potongan rambut standard persekolahan yang kemas, segak dan mematuhi peraturan displin.

MISI KRITIKAL – WANTED UBAT KUTU!
Satu perkara yang membuatkan projek ini sangat istimewa adalah keberanian mereka menangani isu kesihatan asas yang sering terlepas pandang. Rea Empire mengambil langkah drastik menyediakan ubat kutu, yang disifatkan sebagai bantuan paling kritikal.

Masalah kutu rambut dalam kalangan asrama padat boleh menjejaskan fokus pembelajaran, justeru rawatan rapi dan ubat kutu ini diberikan perhatian utama demi keselesaan mutlak adik-adik di sini.
KEGEMBIRAAN APABILA MEREKA TERSENYUM
Menurut Pengurus Operasi Program REA Empire, Ella Ali, penjagaan rambut bukan sekadar soal penampilan tetapi berkait rapat dengan maruah dan emosi seseorang.

“Melihat senyuman serta keyakinan anak-anak selepas menerima potongan rambut baharu menjadi inspirasi untuk kami terus memperluaskan program ini. Kejayaan sebenar bukan hanya dalam perniagaan, tetapi apabila kami dapat membawa kegembiraan kepada masyarakat,” katanya.
PENGLIBATAN BERTERUSAN DEMI KEBAJIKAN
REA Empire berharap Program REAKASIH 2026 menjadi platform yang menyemai budaya kesukarelawanan, kasih sayang dan keprihatinan, selain menggalakkan lebih banyak kerjasama bersama rumah kebajikan serta komuniti dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera dan saling membantu.

Projek ini merupakan komitmen berterusan yang dirancang secara berkala bagi memastikan kebajikan emosi dan penampilan anak-anak ini sentiasa terbela. Penglibatan penuh pengasas, barisan stokis, dan ejen yang bernaung di bawah Rea Empire membuktikan bahawa perniagaan bukan sekadar memburu keuntungan, tetapi adalah tentang memberi kembali kepada masyarakat dengan cara yang paling bermakna dan memberi impak jangka panjang.
