Amber Mempersembahkan Raya Romantics – Enam Wajah Rasmi Bergaya Anggun dan Mewah dalam Koleksi Fesyen Spektakular Aidilfitri 2025!
RAYA ROMANTICS
Jenama gaya hidup terkemuka, Amber, kembali mencetus fenomena fesyen dengan pelancaran koleksi istimewa Raya Romantics bagi menyambut Aidilfitri 2025.
ENAM DUTA BERGAYA ANGGUN
Koleksi ini menampilkan gaya fesyen spektakular, menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan moden yang sofistikated.
Menambah keistimewaan koleksi kali ini, Amber dengan bangganya mempersembahkan enam wajah rasmi jenama yang juga antara selebriti terkemuka Malaysia iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish, dan Sophia Albarakbah.
TAMPAK MEWAH DAN EKSKLUSIF
Setiap helaian dalam koleksi Raya Romantics direka dengan perincian mewah dan eksklusif, menampilkan sulaman floral yang indah pada kain 100% kapas. Pemilihan fabrik berkualiti tinggi ini bukan sahaja memastikan keselesaan pemakai tetapi juga memberi sentuhan elegan yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.
Dengan palet warna yang pelbagai, koleksi ini menawarkan rekaan yang sesuai untuk semua, sama ada untuk majlis santai mahupun perayaan yang lebih meriah.
MANIFESTASI INDAH BUDAYA DAN FESYEN
“Koleksi Raya Romantics oleh Amber adalah satu manifestasi keindahan budaya dan inovasi fesyen moden. Setiap helaian direka dengan telitit bagi memastikan bukan saja gaya yang memukau, tetapi juga keselesaan yang tiada tandingan.
Sebagai jenama di bawah Usanita, kami percaya dalam memperkasa jenama tempatan untuk terus bersaing dan berkembang di peringkat lebih tinggi. Dengan koleksi yang menampilkan rekaan elegan dan berkualiti ini, kami yakin Amber akan menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin tampil anggun dan bergaya sepanjang Aidilfitri ini”
SASARAN 300,00 HELAI?
“Tahun ini, kami mensasarkan jualan sebanyak 300,000 helai daripada koleksi Raya Romantics. Sasaran ini berpandukan kepada kejayaan koleksi sebelum ini . Serta permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen raya yang eksklusif dan berkualiti.
Kami percaya dengan rangkaian platform jualan yang kukuh, strategi pemasaran yang berkesan serta keyakinan pelanggan terhadapa jenama Amber, sasaran ini dapat dicapai. Malah, tahun ini Amber turut menyertai beberapa festival raya seperti Celebfest Singapore [7-9 Mac 2025] dan Absolute Fest Gaya Raya [21- 24 Mac 2025].”
-kongsi Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan.
KOLEKSI RAYA ROMANTICS 2025
Untuk kali ini koleksi ini terdiri daripada lelaki dan perempuan. Buat si teruna, mempunyai 6 rekaan dan dimana setiap satu dalam 3 warna menjadikan ia 18 warna keseluruhan.
Manakala untuk si jelita pula mempunyai 11 rekaan dan setiap satu dalam 2 warna menjadikan ia 22 warna keseluruhan. Bertanya pada saiz bermula dari XS hingga 3XL dan harga mampu milik dari RM269 ke RM459
EKSKLUSIF DI PLATFORM JUALAN
Dapatkan koleksi ini di lokasi berikut:
✅ Amber Flagship Store – Shangri-La, Kuala Lumpur
✅ Butik Amber – Wangsa Walk Mall
✅ Dalam talian: www.amberofficials.com.my
✅ TikTok Shop: @AmberModeOfficials
Sebagai sebahagian daripada jenama di bawah Usanita, Amber terus komited dalam membawa revolusi fesyen tempatan ke tahap yang lebih tinggi.