‘RAYA NAK KE MANA ?’ LAGU RAYA TERBARU SITI NURHALIZA, MEMANG BEST!

Dato’ Sri Siti Nurhaliza lancar lagu raya terbaru bertajuk Raya Nak Ke Mana? memang best, gabungan tradisional dan moden.

RAYA NAK KE MANA?

Kembali dengan sentuhan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini melalui pelancara single Raya Nak Ke Mana? dari Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

RAYA NAK KE MANA ?' LAGU RAYA TERBARU SITI NURHALIZA

Lagu ini menampilkan kolaborasi antara Siti dan dua bakat muda iaitu Aisha Retno dan RADi, manakala bagi lirik pula oleh Aisha Retno juga Amylea Azizan.

IRAMA KLASIK LAGU RAYA

Perpaduan irama klasik lagu raya dengan susunan muzik kontemporari menjadikan lagu Raya Nak Ke Mana? ini sesuai untuk semua generasi.
Sebagai seorang penyanyi berpengalaman, Siti teruja dengan pembaharuan yang dibawa dalam lagu ini.

RAYA NAK KE MANA ?' LAGU RAYA TERBARU SITI NURHALIZA

“Saya suka bagaimana lagu ini mengimbangi nostalgia muzik raya lama dengana elemen moden. Ia bukan saja menghidupkan semangat Aidilfitri tetapi juga memberi nafas baru kepada lagu raya,”

-kongsi Dato’ Sri SIti Nurhaliza.

DARI DEMO DAH SUKA?

“Melodi dan susunan muziknya begitu unik, membuatkan saya yakin lagu ini mampu menjadi antara lagu raya yang diingati ramai. Saya terpikat dari pertama kali mendengar demo yang diberikan kepadanya,”

-tambahnya lagi.

Majlis pelancaran rasmi berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur dengan kehadiran peminat setia senantiasa memberikan semangat dan sambutan hangat. Secara tidak langsung membuktikan lagu raya tetap mempunyai tempat teratas di hati pendengar menjelang Syawal.

UMAIRAH PERFORM TAK BALIK RAYA

Kenalkah anda dengan Umairah? Dalam majlis yang sama juga Umairah membuat persembagan istimewa menyanyikan single sulung merangkap single raya berjudul, Tak Balik Raya.

RAYA NAK KE MANA ?' LAGU RAYA TERBARU SITI NURHALIZA

Kehadiran Umairah sebagai artis baru menambahkan lagi kemeriahan acara sekaligus memperkenalkan bakat muda yang bakal menyerikan industri muzik tanah air.

Kedua lagu raya ini diboleh didengarkan di semua platform digital mulai 12 Mac 2025 dan muzik video rasmi di saluran YouTube Siti Nurhaliza pada hari yang sama jam 5 petang. Raya Nak Ke Mana? diterbitkan oleh SN Legacy Sdn. Bhs dan Universal Music Malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge