Baru hari ke 11 berpuasa, tapi dah berkumandang lagu Raya sana sini. Ini antara lagu raya yang bakal meniti dibibir anda.
JANJI HAPPY HARI RAYA
Ini antara lagu utama dalam EP Iman Troye berjudul Janji Raya terbitan XO House. Hasil kolaborasi artis – artise berbakat di bawah naungan XO House.
Lagu ini menampilkan Iman Troye bersama Dalia Farhana, Zubir Khan, Naim Daniel juga Alya Mardien bergabung tenaga untuk mencipta sebuah lagu raya yang penuh keceriaan dan semangat kekeluargaan.
BUKAN SEKADAR LAGU BIASA
Karya ini bukan sekadar lagu biasa, tetapi menggambarkan perjalanan seorang remaja kota yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran.
Juga membawa mesej tentang kebahagiaan berkumpul bersama keluarga, nostalgia pulang ke desa mahupun kehangatan kasih sayang dalam suasana perayaan. Selain dari tu rentak yang rancak dengan lirik penuh makna menjadikan lagi ini sebagai anthem kemeriahan raya.
SEMARAKKAN SEMANGAT AIDILFITRI
“Lagu ini sangat istimewa kerana bukan saja meraikan tradisi Aidilfitri tetapi juga mencerminkan kegembiraan dan kesyukuran dalam menyambut lebaran bersama insan tersayang.
Saya berharap lagu ini dapat menyemarakkan semangat Aidilfitri dan menjadi pilihan utama dalam playlist raya nanti.”
-kongsi Iman Troye
Kini, Janji Happy Hari Raya boleh dinikmati di pelbagai platform digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes dan juga Youtube.