QUEENDOM FEST BAKAL JADI SEJARAH, APA YANG BEST?| Bakal menjadi sejarah dimana ianya adalah berlainan dari yang lain yang sebelum ini diadakan.
QUEENDOM FEST
Festival muzik wanita yang pertama diadakan yang bakal mengetengahkan penyanyi-penyanyi wanita saja dia atas satu petas.
Diinspirasikan oleh penyanyi rap wanita terkenal yang juga pendukung hip-hop Malaysia iaitu Zamaera
Berusaha untuk meningkatkan martabat wanita dan mengeratkan hubungan antara komuniti seni melalui platform untuk usahawan dan kreativiti wanita.
SIAPA ZAMAERA?
Sharifah Zamaera Syed Zafilen Al Edros nama sebenar tetapi lebih dikenali dengan Zamaera. Merupakan seorang rapper, penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia.
Pernah melancarkan dua single serentak, iaitu “Helly Kelly” dan “Wanita” pada 2017.
Dilahirkan dari rasa antusias dan berlandaskan matlamat Zamaera sendiri iaitu mewakili landskap seni dalam scene tempatan Queendom Fest.
SATU ACARA ELECTRIFYING!
Dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2023 di LaLaport BBCC’s Central Rooftop Garden, Kuala Lumpur.
Queendom Fest bersedia untuk menjadi satu acara yang electrifying bagi mempamerkan wanita-wanita yang bertenaga dan paling digemari di Malaysia pada masa kini.
Dalam masa yang sama, ia juga merupakan satu festival yang menawarkan hub-market serta lokasi bersosial yang menyokong lebih 40 perniagaan dan vendor tempatan, milik wanita.
ANTARA ARTIS YANG TERLIBAT
Festival ini akan ditunjangi oleh Zamaera sendiri dan disokong oleh barisan-barisan wanita hebat seperti DOLLA, Hullera, Jovynn, Yunohoo, Lil Asian Thiccie, Meliha, The Impatient Sisters, MJ dan SYA.
Bakal berdiri sebagai bukti sebenar kepada semangat dan potensi tanpa had landskap muzik tempatan semasa.
Juga menandakan babak penting dalam legasi Zamaera yang kekal sebagai Ratu Hip-Hop Malaysia.
TIMBUL IDEA
Konsep awal festival ini dihasilkan hampir 2 tahun lalu, sewaktu Zamaera menganjurkan jelajah Pop-Upnya sendiri yang merentasi Pulau Pinang, Kuching, Ipoh dan Kuala Lumpur.
Bekerjasama rapat bersama Avinash Retnam dari Kaia Collab, ini adalah cara beliau memahami peminat tempatannya serta menilai impak dan – pada asasnya – menguji kuasa pasar untuk “Queendom Fest”.
MIMPI JADI KENYATAAN
Apabila melihat mimpi Queendom Fest menjadi kenyataan, dan apa erti detik terobosan ini baginya dalam kerjaya, Zamaera secara terang-terangan memberitahu bahawa:
“Sebagai salah seorang daripada segelintir penyanyi rap wanita yang berpeluang membuat persembahan di pentas besar seperti Good Vibes Festival, Round Fest dan Baybeats.
Saya dapati perwakilan artis wanita di festival muzik tempatan dan showcase sentiasa dikalahkan oleh rakan lelaki industri.
84% PENGHIBUR ADALAH LELAKI
Pada tahun lepas sahaja daripada lebih 14 festival dan showcase, 84% daripada penghibur adalah lelaki. Senario muzik semakin berkembang dan kami melihat semakin ramai artis wanita yang muncul.
Saya rasa itu harus mencerminkan peluang yang kami sediakan kepada wanita dalam industri kreatif. Atas nama keterangkuman, kesaksamaan dan cinta yang tulen terhadap seni & budaya.
Juga mahu melihat masa depan yang lebih cerah untuk tenaga kreatif wanita negara ini.
JADIKAN SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH
Jika anda berkongsi kepercayaan yang sama seperti Queendom, kami menggalakkan anda, lelaki dan wanita, untuk menjadi sebahagian daripada acara monumental ini.
Ini kerana 10, 20 tahun ke depan, anda akan berkata ‘Saya berada di sana di Queendom Fest yang pertama. pada 2023!’ – sebuah cara yang baik untuk menjadi sebahagian daripada sejarah”
Queendom Fest disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui My Creative Ventures.
Sebagai sebahagian daripada usaha mereka di seluruh negara untuk meningkatkan industri kreatif Malaysia melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik 2023.
HARGA TIKET
Tiket akan terdiri daripada 4 kategori iaitu Early-bird RM 118, GA RM 138, Go Kart Bundle RM 178 dan Door RM 188.
Semua harga tiket adalah tertakluk kepada yuran tiket sebanyak 3% yang boleh didapati untuk pembelian di laman web rasmi mulai Isnin, 23 Oktober 2023.