Promosi Makanan Bulan Merdeka Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Promosi Makanan Bulan Merdeka Grand BlueWave Hotel Shah Alam| Sempena sambutan Tahun Kemerdekaan yang ke 62 tahun, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) akan menawarkan Promosi Makanan Bulan Merdeka (Ogos) untuk sepanjang bulan Ogos iaitu promosi Hi Tea Bulan Merdeka RM62.00+, promosi Vibrant Rainbow Cake 1 KG RM62.00+ dan Set Merdeka untuk 2 orang RM62.00+.

Tumpuan bagi promosi bulan Merdeka ialah Hi Tea Bulan Merdeka dengan harga RM62.00+. Promosi ini boleh didapati setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ogos bermula dari 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang dengan pilihan menu berbeza pada Sabtu dan Ahad. 

Pembuka selera yang ditawarkan kepada pengunjung ialah pelbagai jenis sayur dan salad seperti Vegetable Crudités with Green Pea Dip, Sliced Smoked Salmon Platter, Cold Steamed Chicken with Marinated Cucumber Thai Style, Turkey Ham Vegetable Salad with Corn Chips, Quinoa Salad with Cherry Tomato, dan banyak lagi!

Semasa Hi Tea Bulan Merdeka ini juga, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan masakan Melayu, India, Cina dan Barat yang disediakan oleh chef berpengalaman kami. Penggemar masakan Melayu dan Indian bolehlah mencuba hidangan seperti Kambing dengan Cili Merah, Nasi Kukus Jasmin, Kari Kambing Hijau dengan Terung, Roti Naan, Kari Ayam Madrashah dengan Santan dan Kari Sayur Dhal dengan Kerepek Rangup. Selain itu, pengunjung turut dapat menikmati masakan Cina seperti Nasi Goreng Cina, Sotong Cili Kering, Ikan Masam Manis dengan Nanas, Sotong Goreng bersama Sos Masam Manis dan Seasonal Green Vegetable with Herbs

Manakala mereka yang menggemari masakan Barat, pengunjung boleh mencuba Roasted Chicken with Black Pepper Sauce, Sautéed Garden Vegetables in Light Herb Butter, Foot Long Sausage, Roast Pumpkin, Rolled Beef Sliced Filled with Force Meat Roasted in Creamy Mushroom Sauce, Chicken Schnitzel with Lime and Tatar Sauce dan Lemon Crumb Fish Fillet with Sticky Tomato Dip

Buffet ni turut mempunyai gerai show kitchen yang menawarkan Satay Ayam, kuih Malaysia seperti Pisang Goreng, Cucur Udang, Cucur Ikan Bilis dan Keropok Lekor. Antara lain yang boleh dinikmati di gerai ini ialah pizza, burger dan sosej. Selain itu, di ‘live stalls’, pengunjung boleh memilih untu mencuba masakan seperti Nasi Ayam, Nasi Lemak Pandan, 5 jenis Mee, Pasta, serta hidangan Jepun seperti pelbagai jenis tempura dan sushi. Tetamu turut disarankan untuk mencuba ABC kami di live stall kami. 

Selain itu, sesi hi tea tidak akan lengkap tanpa pelbagai pencuci mulut dan pastri. Semestinya, semasa Hi Tea Bulan Merdeka ini, pengunjung dapat merasai pelbagai pilihan pencuci mulut dan pastry seperti Danish pastries, donut, kek seperti American Baked Cheese Cake, Chocolate Devil Cake, Mousse Cake, Praline Cheese Cake, Tiramisu, puding, Waffle serta penkek. Antara lain yang boleh didapati adalah bahagian salad dan buah-buahan.

Untuk menambah lagi kemeriahan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun, GBWHSA turut menawarkan promosi kek Vibrant Rainbow 1 KG dengan harga RM62.00+ terhad kepada 20 kek setiap hari dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2019. Bagi mendapatkan promosi kek ini, pelanggan haruslah membuat tempahan kek dan pembayaran 3 hari sebelum tarikh mengambil kek melalui pegawai telepemasaran kami.

 

Antara promosi ‘mesti cuba’ kami bagi bulan Merdeka ini ialah Set Merdeka untuk 2 orang. Set ini termasuklah Ikan Siakap Asam Pedas, Ayam Goreng Berempah, Kailan Ikan Masin and Nasi Putih yang amat sesuai untuk dinikmati ketika waktu makan tengahari. Harga bagi promosi ini ialah RM62.00+ untuk 2 orang.

Untuk pengetahuan, kesemua promosi ini berlangsung dari 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2019 dan promosi-promosi ini hanya sah bagi pelanggan yang membuat tempahan melalui pegawai telepemasaran kami. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian telepemasaran kami melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-2736801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST. 

Promosi

Hi Tea Bulan Merdeka : RM62.00+ setiap orang

Kek Vibrant Rainbow 1 KG : RM62.00+ setiap kek

Set Merdeka : RM62.00+ setiap 2 orang

Tempoh Promosi : 1 Ogos 2019 – 31 Ogos 2019

Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G

Untuk membuat sebarang reservation : 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806
Via Email : dosm@bluewavehotels.com

Website : www.bluewavehotels.com

Facebook : https://www.facebook.com/grandbluewave/



 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge