Hi-Tea Hari Malaysia @Royale Songket Rest,Grand Bluewave Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hi-Tea Hari Malaysia @Royale Songket Rest,Grand Bluewave Shah Alam | Pejam celik pejam celik hari Malaysia bakal tiba kurang dari sebulan dari tarikh hari ini. Siapa yang tidak ingat pada tarikh 16 September 2017 selain dari 31 August 2017 sempena Hari Merdeka. Untuk tahun ini Hi-Tea Hari Malaysia diadakan di Royale Songket restaurant di Hotel Grand Bluewave Shah Alam.

Hidangan Hi-Tea Hari Malaysia

Hidangan pembuka selera untuk anda yang bakal menikmati di sini adalah seperti sandwich mini, open sandwich, pilihan keju bersama keropok, Cold Chinese Salad of the Day, Sotong Kangkung Padang Kota dan yang lain- lain. Pada yang inginkan kelainan boleh sahaja mencuba pembuka selera yang panas seperti mencuba hidangan sup cendawan dan Sup ekor Assam Pedas dan jangan lupa dengan pelbagai roti, rolls dan butter

Untuk hidangan utama pula , hidangan panas yang menarik seperti Laksa Johor, Itik Salai dengan masak Lemak Cili Padi, Devil Curry, Ikan Patin dengan Tempoyak, Burasak dan banyak lagi. Pihak hotel juga menawarkan Live Show Kitchen yang menunjukkan Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper with Peanut Sauce dan Otak-otak Kempas di masak panas-panas

.

Hidangan Kanak-kanak & Dessert 

Ada juga hidangan untuk kanak-kanak ye .. jadi ibu bapa tidak perlu risau kerana ini antara menu yang bakal dijamu seperti Fish Finger with Tartare Sauce, Golden Chicken Nugget, and many more. Lastly, for the dessert, we have Assorted French Pastries, Assorted Fresh Fruit Platter, ABC Stall with Condiments dan banyak lagi

 Harga yang ditawarkan bermula dari

Dewasa RM68.00 +

Warga Emas  RM55.00 +

Kanak-kanak  RM35.00 + untuk kanak-kanak.

**Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST

Masa : 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang.

Tarikh : 16 September 2017

Inginkan maklumat lanjut boleh layari

Website Grand Bluewave; http://www.bluewavehotels.com/

Facebook Grand Bluewave ; https://www.facebook.com/grandbluewave/
Contact : 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613.

About The Author

2 thoughts on “Hi-Tea Hari Malaysia @Royale Songket Rest,Grand Bluewave Shah Alam”

  1. Pingback: Promosi Makanan Bulan Merdeka Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top