Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
#PROJEKMAHLIGAISYURGA Meriah Dengan Kehadiran Ustaz Abdul Somad| Pasti tertanya-tanya projek apakah ini? Untuk apa dan pada siapa bukan ? Ianya adalah salah satu cara untuk mengumpul dana untuk Pondok Moden Darussalam di Sijangkang, Klang, Selangor. Salah satu program kebajikan yang bakal mengadakan pelbagai acara antaranya Karnival Ummah Bestari dan Majlis Makan Malam Amal Mahligai Syurga.
Karnival Ummah Bestari akan berlangsung daripada 15 hingga 17 November 2019 di Tapak Bazarena Stadium Malawati Shah Alam, Selangor. Manakala Majlis Makan Malam Amal Mahligai Syurga pula akan diadakan pada 17 November 2019 bertempat di Dewan Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Isteri YAB Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Pekawanis, YABhg. Puan Masdiana Muhamad merupakan Penaung bagi Majlis Makan Malam Amal Projek Mahligai Syurga dan Karnival Ummah Bestari ini.
“Projek Makan Malam Amal Mahligai Syurga atau #PROJEKMAHLIGAISYURGA ini bermatlamat untuk membeli tanah seluas 3 ekar yang bernilai 1.8 juta bagi Pembangunan Pondok Moden Darussalam Sijangkang. Kita juga mewujudkan badan wakaf bagi memudahkan mereka yang ingin menyumbangkan atau menginfaq sedikit daripada harta-harta mereka.
”Kami, dengan penuh harapan memohon para penderma tidak kira orang perseorangan atau syarikat korporat boleh bersama- sama menyumbang bagi mencapai hasrat untuk melahirkan Generasi Al-Quran yang berketrampilan dan istiqomah mengikut landasan Al-Quran dan As-Sunnah. In shaa Allah.’’
”Diharap dengan penampilan khas Ustaz Abdul Somad LC. MA. penceramah bebas dari Indonesia yang akan berada di beberapa program khas bersama Pondok Moden Darussalam Sijangkang Klang Selangor dapat membantu kami untuk mencapai sasaran kutipan dana serta sumbangan daripada semua pihak. Selain Ustaz Abdul Somad, antara barisan artis tanahair yang turut terlibat ialah Kumpulan Rabbani, Iwan Shahman, Daqmie, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan artis Nasyid Munsyid Malaysia.’’
-kata Jurucakap Projek Mahligai Syurga, Ustaz Azadan Abdul Aziz
Kedua-dua acara ini telah mendapat kerjasama Tuan Hj Hamidi bin Abdul Wahab dan Puan Hajah Sarni binti Haji Abdullah dari Amazing Umrah dan Sahabat Quran Malaysia selaku Penaja Utama. Manakala pihak lain yang turut membantu ialah Bob Zaini dari syarikat Tunas Indah Niaga dan Mathaf, Ustaz Azadan Abdul Aziz dan rakan dari Rabbani Productions M Sdn. Bhd. Bagi pengurusan acara.
Puan Nur Syuhada Kamaruddin dan Tuan Abdul Ghani bin Haroon dari SSC Resources turut membantu di dalam pengurusan penajaan, Encik. Ahyat bin Kamaruddin dari Pusat Pembangunan Pondok Sdn Bhd, Tuan Halimey bin Abu Bakar selaku penaja sidang media, penginapan dan pengurusan stadium untuk Karnival Ummah Bestari dan dewan belia untuk Majlis Makan Malam Amal Mahligai Syurga #PROJEKMAHLIGAISYURGA
Foto Barisan Urusetia dan Penaja Bersama Projek Mahligai Syurga
Untuk maklumat lanjut tentang program dan aktiviti yang dinyatakan, sila layari laman facebook “Projek Mahligai Syurga” atau Instagram “projekmahligaisyurga’ atau carian #PROJEKMAHLIGAISYURGA untuk menaja dan membeli meja makan malam amal di talian +6012 230 1769 / +6011 2893 9060 / +6019 328 9918, Untuk tempahan gerai jualan di tapak Karnival Ummah bestari boleh menghubungi kami di talian +6019 434 9045 / +6017 623 8207 / +6013 426 020