TV AlHijrah raikan Ramadan & Syawal 1446H dengan program Islamik dan lebih berkualiti.
PROGRAM RAMADAN DAN SYAWAL 1446H TV ALHIJRAH
TV AlHijrah terus mengukuhkan peranannya sebagai stesen televisyen Islam utama di Malaysia dengan pelancaran Program Ramadan dan Syawal 1446H
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Hal Ehwal Agama], YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar dalam sebuah acara yang penuh bermakna dan gah.
Turut hadir dalam majlis tersebut terdiri dari Pengerusi TV AlHijrah – Mohd Khair bin Ngadiron, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah – Namanzee bin Harris. Juga hadir barisan kepimpinan TV AlHijrah, para asatizah dan personaliti .
Wakil daripada Persatuan Kebajikan OKU Pendengaran KL Selangor [PKOPKS] dan juga Persatuan Orang pekak Negeri Sembilan [NESDA]/
TEMA RAMADAN DAN SYAWAL 1446H
Dengan tema Ramadan tahun ini- Ramadan: Merindui Taubat Hamba-nya. Manakala Syawal: Istiqamah Cahaya Ketakwaan. TV AlHijrah bertekad untuk terus menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang dapat membimbing masyarakat dalam menghayati bulan Ramadan dan Syawal dengan lebih bermakna.
BUKAN SEKADAR STESEN PENYIARAN
TV AlHijrah bukan sekadar stesen penyiaran, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pendidikan Islam yang mendidik masyarakat dengan ilmu Islami serta menyampaikan berita semasa yang tepat dan sahih.
Turut menekankan kepentingan penyiaran Islam yang lebih progresif dan interaktif agar dakwah kekal relevan dalam era digital dan mampu menyentuh hati penonton.
Seiring denagn perubahan teknologi termasuk kemunculan kecerdasan buatan [AI], moga TV AlHijrah terus berinovasi dalam menyajikan kandungan yang mampu menarik perhatian masyarakat.
-kata YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im dalam ucapannya.
PENINGKATAN DRASTIK SEPANJANG RAMADAN
Pada tahun Ramadan 2024, kepercayaan penonton terhadap TV AlHijrah juga semakin kukuh dimana dibuktikan dengan peningkatan drastik dalam jumlah tontonan.
PLATFORM ALHIJRAH PLUS
Statistik menunjukkan jumlah tontonan di platform AlHijrah Plus meningkat sebanyak 183% berbanding tahun sebelumnya. Capaian di Facebook TV AlHijrah pula meningkat 105%. Selain itu, siaran langsung cerapan Anak Bulan Syawal di Facebook dan TikTok mencatat lebih 1.01 juta tontonan.
Bagi mengukuhkan lagi peranannya dalam menyebarkan dakwah Islam, TV AlHijrah bakal menyajikan pelbagai program istimewa sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.
ANTARA PROGRAM
Antara yang bakal ditayangkan termasuk
–Peristiwa Wanita Akhir Zaman – membincangkan cabaran dan peristiwa melibatkan wanita dari perspektif Islam
–Tadarus On The Go – program Tadarus Al_quran setiap malam dengan penyertaan qari pilihan
–Jalan Taubat- perjalanan rohani individu dalam mencari keampunan dan hidayah
Ada juga beberapa program khas seperti Qalbuh Saleem, Cinta Ilmu Istimewa Ramadan dan Khatam Ramadan 1446H turut disusun bagi menyemarakkan suasan Ramadan dan Syawal dalam kalangan penonton.