POLONG: FILEM SERAM TERBARU, BETUL KE SCARY WEI!!

Polong – Filem seram terbaru mengangkat kisah dosa silam dan ilmu hitam.

POLONG

Syarikat produksi Golden Star Pictures Sdn. Bhd [GSPSB] memperkenalkan filem sulung mereka berjudul Polong. Filem ini mengangkat kisah dendam makhluk mistik akibat dosa silam tuannya.

Bukan sekadar filem seram biasa tetapi juga membawa mesej mendalam mengenai legasi dosa dan akibat yang tidak dapat dielakkan dari amalan ilmu hitam

Filem ini bukan hanya menampilkan elemen seram tetapi juga menjadi simbolik kepada kegelapan yang kita bawa dalam diri. Baik dari dosa masa lalu mahupun trauma yang tidak diselesaikan
-kata Zulkarnain Azhar.

POLONG: FILEM SERAM TERBARU

SINOPSIS POLONG

Mengisahkan Maria Hadi – seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitan tetapi ingin bertaubat menjelang akhir hayatnya. Namun, dia terpaksa melepaskan polong belaannya kepada orang yang tidak sepatutnya.

Selepas kematian Maria, makhlik iyu kembaki menuntut dendam dimaan memaksa pewaris Maria untuk berdepan dengan sumpahan mengerikan.

PENGGAMBARAN MEI 2025

Bakal memulakan penggambaran pada Mei 2025 dimana bakal menampilkan pelakon popular seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong dan Nadiya Nisaa.

POLONG: FILEM SERAM TERBARU

GENRE SERAM BAGI PROJEK SULUNG

Kenapa memilih genre seram? Yakin dengan permintaan tinggi dalam pasaran filem tempatan dan antarabangsa, genre seram dipilih oleh GSPSB.

‘Projek ini melalui proses pemilihan yang teliti berdasarkan kekuatan komersialnya. Kami percaya Polong bukan saja mampu bersaing dalam industri tempatan. Tetapi juga berpotensi menarik perhatian pasaran luar negara.’

ZULKARNAIN SEBAGAI PENGARAH

‘Dengan pengalaman dan kepakaran Zulkarnain sebagai pengarah, yakin Polong akan menjadi filem yang dinanti-nantikan peminat genre seram. Buat pengetahuan semua pemilihan Zulkarnain didorong oleh kejayaannya menerusi filem seperti Takluk, Air Force dan J Revolusi.

Dengan kombinasi sinopsis yang kuat, barisan pelakon yang berbakat serta strategis pemasaran yang mantap pasti memberi impak besar dalam industri perfileman tempatan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge