PROGRAM LEGACY RIDER 2.0 KEMBALI, PASTI BEST!

PROGRAM LEGACY RIDER 2.0 KEMBALI, PASTI BEST!| Tahun lepas diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Legacy Rider 1.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 29 Oktober tahun lalu berjaya menghimpunkan lebih 50,000 peminat sukan permotoran di negara kita.

PROGRAM LEGACY RIDER 2.0

Sambutan positif yang diterima membakar semangat Legacy Rider. Kini Event Legacy Rider 2.0 yang akan berlangsung pada 28 Oktober 2023 (Sabtu) di KL Base (Bekas Lapangan Terbang Sungai Besi )

LEGACY RIDER 2.0

KERJASAMA DAN SOKONGAN

Program anjuran Legacy Rider yang mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.

Antaranya Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA),PUNB Malaysia, PERNAS & GISB Holding.

LEGACY RIDER 2.0

LOKASI BERTUKAR KENAPA?

Lokasi asal program iaitu di Stadium Shah Alam untuk acara itu kini berpindah ke Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur memandangkan kedudukannya yang strategik dan sesuai untuk acara berstatus mega begini.

LEGACY RIDER 2.0

LEBIH DARI 50,000 PENGUNJUNG DATANG

Pihaknya menjangkakan edisi Event Legacy 2.0 akan diserbu oleh 50,000 hingga 60,00 pengunjung yang juga peminat sukan permotoran.

“Program akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Perasmian Legacy Rider 2.0 yang dicadangkan adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Mulia Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia).

Ataupun Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan).

LEGACY RIDER 2.0

Jika di beri peluang pihak Legacy Rider inginkan Perdana Menteri Malaysia yang merasmikan Legacy Rider 2.0 .

Ini bakal memberikan satu penghargaan yang sangat bermakna bagi pihak Legacy Rider & peminat sukan pemotoran di negara kita”

-Wakil penganjur Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi Pengarah Urusan GGR Machine (M) Malaysia & Legacy Rider

PELBAGAI PAMERAN PERMOTORAN

Menurutnya, pengunjung yang hadir nanti akan dapat menyaksikan pelbagai pameran menarik antaranya himpunan 300 motor jenama Ducati.

“Pogram ini dijalankan untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan memperkenalkan kepada kumpulan bermotosikal di seluruh negeri.

Serta golongan belia yang menceburi sukan permotoran bagi tujuan mengeratkan silaturrahim dan berekreasi.

MENGHIMPUNKAN PEMINAT PEMOTORAN

“Event Legacy Rider 2.0 merupakan sebuah program yang menghimpunkan para belia yang terlibat dengan sukan permotoran dalam sebuah program yang santai.

Pelbagai aktiviti dan hiburan dari rakan selebriti popular tanahair yang akan dijalankan.

LEGACY RIDER 2.0

“Dalam usaha menjayakan event ini, kami telah menjalankan hubungan baik dengan rakan selebriti popular tanahair.

Termasuk juga ikon-ikon media sosial (influencer) yang akan turut serta membantu dan mempromosikan event ini,”

Antara selebriti jemputan Achey Bocey, Black Hanifah, Ajak Shiro, Uchop Ahmad, Tajul dan ramai lagi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge