Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Produk Jenama Milikan Guardian Kini Disahkan Halal Oleh JAKIM |Guardian, rantaian farmasi dan peruncit kecantikan serta kesihatan terkemuka Malaysia yang memiliki lebih 420 premis jualan di seluruh negara, sentiasa memenangi kepercayaan para pengguna dengan produk-produk yang berkualiti yang ditawarkannya Kesemua produk Jenama Milikan Guardian dikilangkan dengan piawaian kualiti yang tertinggi, dengan produk yang relevan telah diuji dan dibuktikan secara dermatologi, dimana semakin banyak produk ini mematuhi garis panduan halal JAKIM. Seiring dengan itu, Jenama Milikan Guardian dengan bangganya mengumumkan majoriti produk-produk keluarannya yang relevan kini telah mendapat pengesahan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan yang selebihnya di pelbagai peringkat proses pengesahan bagi mendapat sijil tersebut.
Sehubungan itu, jenama tersebut kini dalam proses menghasilkan pembungkusan baharu yang memapar logo Halal JAKIM dengan jelas pada semua pek produk Jenama Milikan Guardian yang menerima sijil Halal. Produk-produk Jenama Milikan Guardian yang telah disahkan Halal oleh JAKIM adalah Gel Mandian, Gel Mandian Bayi, Losyen Bayi, Cecair Pembersih Wanita dan Vitamin jenis ‘Gummies’ untuk kanak-kanak. Produk-produk berkenaan kini mempunyai bungkusan baharu dan boleh didapati di cawangan Guardian.
Seperti piawaian bahan semulajadi dan organik, piawaian Halal mempunyai satu set bahan-bahan, proses dan metadologi yang dibenarkan. Kesemua garis panduan ini direkacipta bagi memastikan ketenangan fikiran dan keyakinan pengguna terhadap kebersihan dan kesucian produk-produk berkenaan.
Pensijilan Halal JAKIM
Pensijilan Halal JAKIM memastikan semua piawaian ketat berkenaan dipatuhi di setiap peringkat pencarian dan pembelian bahan mentah; pembuatan; pengisian pergudangan dan lojistik di kilang bagi memastikan kesucian dan kebersihan kesemua produk-produk yang dihasil menepati syariah Islam. Pensijilan tersebut juga membolehkan kebolehkesanan disetiap peringkat proses bagi memastikan keterbertanggungjawab yang lebih besar. JAKIM dianggap sebagai peneraju dalam pensijilan Halal dengan syarat dan prosedur yang amat ketat di peringkat global. Pensijilan Halal JAKIM diperakui dan dipercayai di peringkat antarabangsa.
Di seluruh dunia, pengguna Islam dan bukan Islam berkesanggupan untuk membayar harga premium untuk produk Halal disebabkan jaminan kebersihan dan kesuciannya. Gabungan Malaysia dan Indonesia sahaja telah membentuk 60% daripada keseluruhan pendapatan penjualan produk halal di rantau Asia Pasifik pada tahun 2015 dengan produk penjagaan kulit dan solekan menjadi produk paling banyak digunakan[3].
Menurut Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Alfonso Roderos, produk-produk Jenama Milikan Guardian telah sejak dahalu lagi dihasilkan menepati setiap piawaian kualiti, dan dengan persijilan dari JAKIM untuk rangkaian produk terpilih ini adalah satu peningkatan kepada tahap jaminan untuk pengguna.
“Produk-produk enama Milikan Guardian yang disahkan Halal oleh JAKIM diterima baik oleh umat Islam dan bukan Islam kerana mereka mempunyai keyakinan dalam jaminan kualiti. Bagi jaringan meluas produk-produk Jenama Milikan Guardian, pensijilan Halal oleh JAKIM ini menambah satu lagi lapisan kepada keyakinan dan kepercayaan pengguna kepada produk kami. Ia membolehkan pengguna Islam mendapat akses kepada lebih banyak jenis produk yang Halal, lebih-lebih lagi kebanyakannya diuji serta dibuktikan secara dermatologi pada harga yang mereka akan suka.”
kata Encik Roderos.
Profesor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Kontemporari Pengajian Islam, Universiti Teknologi Mara, seorang pendakwah nasional, penyelidik dan penganjur kesedaran Halal berkata,
“Ia amat menyentuh hati melihat sebuah peruncit besar seperti Guardian melaksanakan satu tindakan berskala besar untuk mendapatkan pensijilan Halal oleh JAKIM bagi produk mereka yang berkenaan. Kesanggupan untuk mematuhi syarat-syarat Halal di setiap peringkat proses perkilangan mereka akan memberikan umat Islam dan bukan Islam jaminan bahawa jenama ini amat menghormati kepercayaan pengguna dan komited untuk memberikan mereka kebolehkesanan mengenai kesucian dan kebersihan produk di seluruh peringkat.”
Untuk senarai produk yang disahkan Halal, para pengguna boleh mendapatkannya dipautan www.halal.gov.my Dr. Mohd Nor menambah,
“ Pensijilan Halal JAKIM dikenali di seluruh dunia sebagai yang paling ketat. Produk-produk penjagaan diri peribadi Jenama Milikan Guardian yang telah mendapat pensijilan ini akan dengan mudah diterima di negara-negara yang mempunyai jumlah populasi umat Islam yang besar. Langkah ini akan membuka pasaran yang lebih besar kepada jenama berkenaan dan memberikan pengguna Islam lebih banyak pilihan.
Penolong Pengurus bagi Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Farahani Failul Rahman menjelaskan,
“Pengguna bukan Islam kini mula mencari produk Halal kerana kebolehkesanannya mengenai kesucian dan kebersihan produk di sepanjang proses perkilangan. Guardian Malaysia akan terus memperluaskan portfolio produk-produk halal bagi memperkukuhkan lagi janji jenama kami untuk memberikan Kebolehpercayaan, Semangat dan Inspirasi untuk manfaat para pelanggan kami.”
“Para pengguna kini memilih untuk membeli label-label seperti beretika, tidak kejam terhadap haiwan yang mana Halal meliputi kebanyakan daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip tersebut,”
kata Farahani sambil menambah bahawa dengan Guardian Malaysia, terdapat juga pembekalan produk-produk yang telah diuji dan dibuktikan secara dermatologi pada harga yang disukai para pengguna.
Untuk maklumat lanjut layari Website Online Guardian https://online.guardian.com.my.