Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PRIMAVALET Tampil Dengan Koleksi Glam Lebaran Raya | Ramadan bakal tiba dan pastinya masing-masing ingin kelihatan cantik dan menarik. Tahun ini adalah tahun kedua buat PRIMAVALET yang beroperasi di Malaysia bakal mencuri perhatian rakyat Malaysia mahupun diseberang seperti Singapura dan Brunei. Tahun ini juga menampilkan kelainan dimana mengikut trend terkini dengan pelbagai variasi rekaan yang versatil . Bukan setakat di gayakan di pagi Lebaran Raya tetapi boleh juga di gayakan pada majlis majlis tertentu
Rekaan baru sempena Lebaran Raya 2018, PRIMAVALET masih mengekalkan beberapa selebriti sebelum ini dan juga menambah duta baru untuk koleksi mereka. Bukan setakat rekaan baru tetapi juga mempunyao label pakaian dari pereka baru seperti Ezuwan Ismail. Antara selebriti yang telibat dan dilantik menjadi duta adalah Zul Ariffin, Alif Satar, Amar Baharin dan Amyra Rosli serta anak mereka Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.
Berpeluang untuk menjadi salah seorang tetamu yang menyaksikan peragaan koleksi dari PRIMAVALET bak kata ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Majlis pertunjukan fesyen yang gala diperagakan koleksi oleh 126 model dari jenama Ezuwan Ismail, Arjuna, YoumeAndHunny, Meylana, Nur Aishah, Shasya Habib, Empayar Kuku Besi, Zoud, Syus Couture, Buranku.com, UAI Original, dan koleksi dari jenama PV Man, PV Women dan PV Kids. Jenama PV Man, PV Women dan PV Kids adalah yang terbaru untuk tahun ini . Baju Melayu, Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Sekeluarga Sedondon, Kurta, Baju Batik dan Telekung diantara koleksi yang ada untuk Lebaran nanti. Rekaan baru,fabrik baru dan paling penting dari mereka yang berbakat. Jom lihat antara rekaan yang sempat KP rakamkan
Koleksi untuk perempuan cantik , elegan
Ezuwan Ismail turut hadir disisi koleksi rekaannya
Koleksi untuk anda jejaka sado under PV Man
PV Man and PV Kids
Telekung
.
Menurut Pengarah Urusan PRIMAVALET Dr Arshat,
“Pemilihan duta PRIMAVALET adalah berdasarkan kepada jumlah pengikut di laman sosial dan juga imej artis itu sendiri. Beliau sangat menghargai artis yang pernah bekerjasama dengan beliau terutama kepada komiymen dan kesungguhan yang dipertonjolkan”
Selaku pengacara majlis iaitu Faizal Ismail (FBI) dan Elfira Loy sempat menemuramah beberapa duta yang turut hadir menggayakan koleksi dari jenama yang mereka wakili.
Tidak perlu pening kepala atau bersusah payah dimana di satu lokasi, pelbagai koleksi boleh didapati dari kanak-kanak , wanita jelita mahupun abang sado. Hanya di PRIMAVALET semuanya ada, menawarkan elemen eksklusif ,mewah dan kontemporari. Jika ditanya tentang harga pastinya ianya berbaloi dengan koleksi yang dipilih serendah RM70 sehingga RM380. Kesemua koleksi ini akan dijual di semua cawangan PRIMAVALET bermula 1 Mei 2018 secara berperingkat-peringkat.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan koleksi Glam Lebaran Raya di ke semua cawangan PRIMAVALET seperti :-
- Ostia Bangi, Selangor (cawangan terbesar terletak bersebelahan tol Bangi)
- Pasir Tumboh, Kota Bahru, Kelantan
- Senawang, Negeri Sembilan
- Wangsa118, Wangsa Maju KL (cawangan terbaru yang telah dibuka pada 5 Mei 2018)
Kredit gambar kepada : https://m.facebook.com/azuddin.ahmadzin