Pra-Pembukaan Putrade AllSuites di Royal Perak Golf Club, Perak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berpeluang menghadiri majlis pra pembukaan Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club Bandaraya Ipoh seperti pucuk di cita ulam mendatang.

Bukan mudah memasuki Golf Club lagi-lagi Royal Perak Golf Club dimana salah satu Golf Club yang tertua.

Hanya untuk “members” sahaja yang biasa kita dengar tetapi kali ini KP akan share dimana penginapan di kelilingi Golf Club

Putrade AllSuites

Putrade Allsuites at RPGC

Putrade Allsuites at RPGC menerima kehadiran 18 tetamu pertama pada hari pembukaannya hari ini. Terletak di lokasi strategik yang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike.

Putrade Allsuites at RPGC dilengkapi dengan prasarana yang serba lengkap.

Kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Putrade Allsuites at RPGC menjadi pilihan utama pelancong dalam dan luar negeri Perak terutama sekali di kalangan penggemar sukan golf tempatan.

Putrade AllSuites

Terdapat 36 buah unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated diyakini mampu menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini

Putrade AllSuites

Kadar bayaran untuk Pakej Penginapan Peribadi satu malam dengan sarapan adalah minimum sebanyak RM390 dan maksimum sebanyak 590 untuk apartment 3 bilik.

Puan Intan Jaafar, memberikan penerangan mengenai Putrade Allsuites kepada para media

Dengan inovasi dekorasi baharu dan fasiliti yang terkini, Putrade Allsuites at RPGC mampu menjadi salah satu daya tarikan baru dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempatnya khususnya di negeri Perak.

Tahniah diucapkan buat Encik Mazlan, tetamu pertama yang menginap di Putrade Allsuites Royal Perak Golf Resort

Kemudahan 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, Putrade Allsuite at RPGC menawarkan tiga jenis bilik iaitu 2 unit apartment 3 bilik dengan keluasan 1208.87 kaki persegi, 12 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 906.55 kaki persegi dan 20 unit apartment 1 bilik dengan keluasan 604.44 kaki persegi

Antara kemudahan yang disediakan adalah:

  1. mesin kopi Dolce Gusto
  2. jaringan internet tanpa had
  3. peti keselamatan elektronik
  4. sistem kad berkunci
  5. penghawa dingin
  6. mini bar
  7. perkhidmatan makan di dalam suite
  8. IDD telefon,
  9. televisyen satelit
  10. katil tambahan

Selain itu, Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge, kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kederaan.

Pakej 

Pelbagai pakej menarik telah disediakan bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu.

Antaranya pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam dengan kadar bayaran sebanyak RM220nett seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada sesuatu masa.

Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikat-syarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing.

Fairway Restaurant. 

Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan dan dijamin 100% halal. Juadah yang disediakan memenuhi selera makanan tempatan malah turut menyediakan makanan antarabangsa. Cef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung.

Untuk tujuan tempahan, sila hubungi

+60 5 238 0022| Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge