Lagu Pitahati ‘Sindir Dengan Senyum’ kini dalam lagu baru Ana Yang Punya
PITAHATI
Kumpulan Muzik alternatif tanah air, Pitahati – kembali dengan gaya yang lebih santai namun penuh sindiran menerusi single terbaru mereka Ana Yang Punya [1 Ringgit 2 Ringgit]
Lagu yang baru dilancarkan pada 10 Januari 2025 ini tampil sebagai kritikan social Yang dibalut DENGAN nada humor Dan melodi ringan. Menjadikannya sebuah karya Yang bersahaja tapi berbisa.
LUNCAI EMAS
DIterbitkan di bawah label Luncai Emas, Ana Yang Punya merupakan ciptaan sepenuhnnya oleh Pitahati. Dengan Husyairi Hamzah sebagai Penerbit bersama, rakaman, adunan Dan mastering pula oleh Mokhtar.
MESEJ LAGU INI
Membawa mesej tentang individu Yang terlalu berkuasa hingga lupa diri seolah-olah segala-galanya adalah milik mereka.
‘Kami tak tujukan kepada sesiapa pun secara spesifik, tapi kalau terasa.. mungkin ada sebab . Kami nak sindir tapi dengan senyum – supaya orang fikir dua kali sambil tersenyum juga,’
-seloroh Ilham sebagai vokalis utama
VIBES RIDERS ON THE STORM?
Ada yang mengatakan lagu ini mempunyai vibe klasik Yang mengingatkan pada Riders on the Storm oleh The Doors. Walaupun menurut Hidayat, gitaris Pitahati ia bukanlah satu rujukan langsung.
‘Kadang-kadang muzik lama tu dah masuk dalam DNA tanpa sedar. Tapi kami tetap bawa identiti kami sendiri,’
– katanya lagi
SISI BARU PITAHATI
Berbeza daripada karya-karya mereka sebelum ini yang lebih gelap dan eksperimental – Ana Yang Punya menampilkan sisi baru Pithati – lebih ringan, lucu tapi masih penuh isi.
‘Kami mungkin semakin kelakar tapi bukan main-main. Lagu in tetap ada ‘jiwa’
-kongsi Masrin – pemain bass dengan nada berseloroh tapi yakin.
Kini Ana Yang Punya [1 Ringgit 2 Ringgit] boleh didengar di semua platform penstriman utama dan visualizer rasminya turut boleh ditonton di Youtube.