PERTUBUHAN AMAL CAHAYA IKHLAS ANJUR MAJLIS SPREAD THE LOVE!

Tahniah buat Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas atas penganjuran majlis ‘Spread The Love’

PERTUBUHAN AMAL CAHAYA IKHLAS

Merupakan sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk membantu komuniti dalam segala aspek telah menjalankan sebuah majlis sederhana untuk memberi sumbangan terbesar berjumlah RM 101,000 sebagai penutup tahun 2024. 

SUMBANGAN DIBERIKAN

Sumbangan ini telah diberikan kepada tiga badan pertubuhan iaitu NASOM (National Autism Society of Malaysia), Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban dan International Financial Economy Foundation.

 “Sumbangan ini merupakan salah satu bukti inisiatif kepada visi pertubuhan ini yang membawa harapan baru pada mereka yang memerlukan. Kami percaya kepada kuasa memberi dan impak positif yang boleh diwujudkan terhadap individu, keluarga, dan komuniti. Kami berbesar hati untuk menyokong organisasi yang seiring dengan misi kami untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.”

-Pengerusi Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas iaitu penerbit filem terkenal Malaysia Mr. David Teo,

DIPERTIMBANGKAN SECARA TELITI

Mr. David Teo turut menjelaskan setiap badan yang dipilih untuk diberi sumbangan sudah dipertimbangkan secara teliti kerana setiap satunya membawa harapan yang berlainan kepada golongan berbeza yang memerlukan seperti :

NASOM – NATIONAL AUTISM SOCIETY OF MALAYSIA

-Merupakan sebuah organisasi yang memberi fokus kepada golongan autisme. Sumbangan ini diberikan adalah sebagai tanda untuk turut memberi sokongan terhadap golongan autisme khususnya kepada keluarga dan individu melalui pendidikan, advokasi, dan program komuniti.

SEKOLAH TINGGI CHUNG HUA, SEREMBAN

Bagi pemilihan sumbangan kepada Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban pula, Mr. David Teo melihat sekolah tinggi ini sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi yang terkemuka dan telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan terbilang.

Melihat prestasi terbaik itu, sokongan melalui sumbangan telah diberikan dengan harapan besar agar sekolah ini terus konsisten dalam memupuk kecemerlangan akademik dan Pembangunan pelajar untuk lebih berjaya.

INTERNATIONAL FINANCIAL ECONOMY FOUNDATION

-Bagi penerima sumbangan yang terakhir pula, International Financial Economy Foundation telah dipilih selepas melihat usaha mereka dalam memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik dari pelbagai aspek.

Maka sumbangan ini diberikan dengan harapan agar mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan usaha serta meningkatkan literasi kewangan untuk mewujudkan peluang ekonomi yang mampan.

ANTARA MEREKA YANG MENERIMA SUMBANGAN

PERTUBUHAN KEBAJIKAN EPHRATA RAWANG

PERSENDIRIAN – CHIA YONG CHUANG

PERSATUAN KEBAJIKAN CHEN AI – OKU

Mr. David Teo turut menjelaskan bahawa selaku pengerusi Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas, beliau sangat mengharapkan agar usahasama dalam memberi sumbangan ini dapat dijadikan sebagai sebuah motivasi cerminan terhadap komitmen dan visi yang ingin dicapai agar dapat menangani cabaran sosial dan memberi sumbangan yang lebih bermakna. 

Tambah beliau, melalui inisiatif ini juga, organisasi ini berhasrat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut serta dalam misi menyebarkan kasih sayang dan mengangkat mereka yang memerlukan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge