Kempen Mydin Kongsi Meriah tawar banyak penjimatan sempena Tahun Baru Cina.
KEMPEN MYDIN ‘KONGSI MERIAH’
Kempen yang berlangsung dengan meriah bersama-sama pelanggan dan warga komuniti Subang Jaya telah dirasmikan oleh ADUN Subang Jaya, YB Michelle Ng Mei Sze di MYDIN Subang Jaya. Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group Berhad, Chan Seng Fatt.
Pelbagai tawaran promosi penjimatan, peraduan menarik dan aktiviti menyeronokkan ditawarkan kepada pelanggan MYDIN sepanjang kempen berlangsung.
UTAMAKAN NILAI PERPADUAN DALAM PERNIAGAAN
“MYDIN amat mengutamakan nilai perpaduan dalam perniagaan, justeru itu, kempen yang dijalankan ini bertepatan dengan matlamat memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan kaum di negara ini”.
-kata Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin.
PERADUAN KEMPEN KONGSI MERIAH
Antara peraduan menarik adalah di mana 28 pelanggan bertuah hanya perlu berbelanja serendah RM118 di mana-mana cawangan MYDIN dan berpeluang memenangi persembahan tarian singa secara percuma. Selain itu, pemegang kad MERIAH juga akan menerima baucar keseluruhan bernilai RM8,888 bagi jenama Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s and Sensodyne.
SNAKE BOARD GAME?
Signifikan dengan tahun ular, MYDIN dengan kolaborasi The Star turut menampilkan permainan yang cukup menarik dan kreatif iaitu ‘Snake Board Game’ di mana peserta berpeluang untuk menebus baucar, kupon penjimatan dan pelbagai tawaran hebat melalui aplikasi MYDIN Rewards.
Selain itu juga, 10 pemenang akan dipilih secara rawak daripada penyertaan permainan tersebut dan akan memenangi ‘Supermarket Sweep’ bernilai sehingga RM8,880.
ADA LAGI PERADUAN XXTRA ONG
Bagi menggalakkan bayaran secara digital, MYDIN turut mengadakan peraduan XXTRA ONG di mana pelanggan yang mendaftar dengan aplikasi MYDINPay. Untuk pertama kali akan menerima kredit sebanyak RM8.
Selain itu, pengguna MYDINPay sedia ada yang berbelanja minimum RM80 akan menerima pulangan tunai bernilai RM8.
MYDIN PRIHATIN
Prihatin terhadap nasib mereka yang kurang bernasib baik, MYDIN melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor turut menyumbang bantuan kotak makanan dan baucar tunai kepada 500 penerima golongan B40 berbangsa Cina.