Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Penginapan The Haven Ipoh Berlatar-belakangkan Bukit Kapur |Apabila KP menerima panggilan untuk bercuti di The Haven Ipoh di mana tempat penginapan yang bakal KP menginap berlatar-belangkan bukit kapur. Terus KP google “The Haven Ipoh” untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang The Haven Ipoh.
Sedikit informasi tentang The Haven Ipoh
Sewaktu pembinaan The Haven Ipoh, tiada pokok atau tumbuhan di potong atau di tebang kerana ingin mengekalkan alam semula jadi terutama sekali persekitaran bukit kapur ini. Segala tumbuhan dan pokok di biar tetapi di beri penjagaan yang rapi agar kelihatan cantik dan menarik apabila ke sini.
Penginapan di sini adalah 5 bintang dan misi utama mereka mengekalkan keindahan alam untuk para pengunjung menikmatinya sewaktu menginap di sini. Selain bercuti, di sini juga anda boleh melakukan team building, seminar mahupun majlis perkahwinan dan school gathering. Keindahan alam semula jadi terutama sekali di waktu malam terasa nyaman, selesa dan tenang dari segala hiruk piruk di bandar.
Pintu Masuk The Haven Ipoh
Dari jauh kelihatan The Haven Lakeside Residence. Di sini kawalan masuk agak ketat. Untuk masuk dan check in kena melalui 2 pintu post sebelum sampai ke lobby hotel. No & jenis kereta juga Mykad di ambil untuk rekod mereka
Bakal melalui kawasan team building sebelum sampai ke lobby hotel
Antara bilik yang ditawarkan buat para pengunjung.
Pemandangan sekitar The Haven Ipoh
Bukit kapur akan kelihatan di kiri kanan hotel di mana KP bakal menginap. Sememangnya ini juga yang KP lihat bila KP google di website tentang The Haven Ipoh
Pelbagai tumbuhan ada di tumbuh di sini seperti bunga teratai ini
Tempat penjalan kaki untuk mereka yang ingin menikmati pemandangan mahupun berjalan di waktu petang atau morning walk . Tak perlu risau kerana binatang buas ataupun ular tidak dapat memasuki kawasan penginapan ini kerana ia dikelilingi dengan pagar elektrik
Sempat lagi hubby dan kids mengambil angin sebelum check in ke bilik. Ada berudu dan ikan di sini
Air pancut di tengah-tengah swimming pool
Swimming pool kanak-kanak
Pemandangan dari atas
Tidak menggemari berenang tidak perlu risau, jom main taman permainan bersama nak??? Ada buaian, gelongsor dan juga jongkang – jongkit untuk bermain bersama adik beradik, sepupu sedara mahupun kawan-kawan
Ini antara yang menjadi perhatian Irfan sewaktu sampai. Tiap kali melalui kawasan ini di tanya “apa maksud H tu mama… ???”
Bilik Penginapan sewaktu di The Haven Ipoh
Inilah bilik yang bakal KP menginap selama 2 hari 1 malam bersama hubby dan kids. Semestinya pengalaman baru di mana belum pernah lagi KP menginap di hotel yang berlatar -belakangkan alam semulajadi seperti batu kapur. Ada 2 bilik tidur dan 1 bilik studi lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan juga balkoni untuk KP se family
Bilik Utama
Inilah bilik utama. Rasa macam pengantin baru pula sebab suasana sunyi dan keindahan di sini
Televisyen di dalam bilik untuk basic channel
Ada ruang untuk membuat kerja atau membaca
Televisyen tidak payah berebut tau
Bilik air yang di lengkapi dengan bath tub
Transparent tau
Pengering rambut tersedia ada didalam bilik airBath robe wajib disediakan untuk setiap pengunjung berada di sini.
Ini adalah alatan wajib iaitu seterika dan papan seterika selain dari peti simpanan. Bila adanya alatan seterika didalam bilik tidak perlu lagi mencari house keeping atau room service untuk alat ini.
Bilik kedua
Bilik tidur yang boleh memuatkan 2 orang dewasa ataupun 2 -3 orang kanak-kanak. Ianya bersebelahan dengan bilik utama kecuali tiada televisyen dan bilik air adalah berasingan .
Agak besar juga katilnya.. Saiz queen kalau tak silap
Bilik air yang berasingan terletak di luar bilik kedua. Cuma bilik air ini tidak mempunyai bath tub ye…
Ada shower dan juga water heater. Katanya cuaca disini apabila waktu pagi memang sejuk. Angin dari bukit -bukit disekitarnya
Antara alatan yang ada seperti shower cap, sabun, losyen,berus gigi dan juga shaver buat hubby
Lengkap dengan segala keperluan seperti tuala mandi dan tuala muka
Bilik studi
Ini adalah bilik kecil bersebelahan dengan bilik air dan bilik kedua. Kelihatan bilik ini seperti bilik studi ataupun untuk anda yang inginkan masa privasi untuk membuat assignment atau kerja-kerja pejabat dan tidak mahu ada gangguan boleh menggunakan bilik ini. Semua bilik yang ada di sini lengkap dengan aircond ye. Jadi tidak perlu risau tentang hal yang satu ini. Cantik kombinasi warna sofa ini
Ruang Tamu
Tempat yang selalu KP nantikan jika menginap di apartment atau residence. Ini kerana ia lengkap dengan ruang tamu dan ruang dapur
Lengkap dengan televisyen siaran Astro, juga sofa untuk menonton di ruang ini. Oh ya … ada aircond tau. Kalau nak merasakan angin luar buka sahaja sliding door itu. Di syorkan sebelum maghrib supaya tidaklah masuk nyamuk ataupun unggas ye. Di sini masih lagi menekankan alam semula jadi ..
Ruang makan & Dapur
Semestinya tidak perlu risau dan gusar bila menginap di sini. Lengkap dengan pelbagai alatan keperluan seperti di rumah
Sinki yang bersih
Microwave untuk memanaskan lauk. Jikalau order room service dan makanan sejuk panaskan sahaja di sini ye
Keperluan lain ada juga disediakan seperti teh, nescafe, gula dan susu. Kalau kekacang atau coklat semuanya adalah kos tambahan perlu di bayar sewaktu check out nanti
Dapur juga ada..
Peti sejuk besar wei.. macam-macam boleh isi .. Tapi ingat coklat dan seangkatannya jika makan sila bayar sewaktu check out nanti tau.
Air mineral di berikan buat para pengunjung yang menginap di apartment mereka
Ruang makan yang comel untuk kami berempat.
Pemandangan dari Balkoni
Memandangkan sewaktu check in , KP diberitahu yang bilik KP mempunyai balkoni. Pemandangannya ialah berhadapan dengan bukit kapur. Ini adalah pemandangan sebaik sahaja KP membuka sliding door.
Nampak tak keindahan alam semula jadi dari-Nya. Betul juga kata The Haven Ipoh di mana tiada tebang menebang pokok atau menarah bukit semata-mata untuk pembinaan hotel ini
Segala keindahan alam semulajadi di sini di jaga, di pelihara agar ia kekal untuk para pengunjung menikmati kelainannya dengan penginapa di hotel – hotel yang lain ataupun apartment yang ada di sini.
Swimming pool dan jacuzzi jelas kelihatan dari balkoni tempat KP menginap
Ruang rehat yang ada di balkoni. Lagi menarik jika berisitirehat di waktu malam, menghirup udara segar sambil mendengar bunyi cengkerik atau unggas di tatkala suasana sunyi sepi dan pasti angin sepoi-sepoi bahasa
Pemandangan dari bilik kedua
Pemandangan Waktu Malam di The Haven Ipoh
Kalau di waktu siang semuanya biasa sahaja , yang menjadi tarikan di The Haven Ipoh ialah suasana di waktu malam. Apabila di serikan dengan cahaya lampu kelihatan ianya lebih menarik dan menyerlah. Seperti swimming pool dan jacuzzi ini kelihatan dari balkoni warnanya yang cantik membuatkan KP ingin mandi malam ini juga ( hahahahah)
Pemandangan di kawasan perumahan yang berdekatan dengan The Haven Ipoh. Lampu-lampu ini kelihatan menarik dan suasana nyaman, sunyi membuatkan apabila unggas atau cengkerik berbunyi kedengaran yang amat terang
Sempat lagi mengambil gambar swimming pool di waktu malam
Berada di lobby luar hotel untuk mengambil angin dan ingin merasai keindahan alam semulajadi
Cantik bukan ???? Beberapa keping gambar yang sempat di rakam kemudian hujan turun dengan lebatnya. Makin sejuk pula jadinya dengan udara dan angin semulajadi dari bukit-bakau ini
Keindahan di The Haven Ipoh terutama sekali di waktu malam tidak akan dilupakan. Walaupun kekadang kedengaran bunyi cengkerik ataupun unggas-unggas tetapi itu tidak mematahkan semangat KP untuk melepak di luar balkoni bersama hubby mengamit kembali kenangan sewaktu bercinta dahulu. Apabila kids dah tidur, KP mengambil peluang untuk menikmati keindahan alam bersama hubby.Terasa seperti berbulan madu kembali walaupun ada kids bersama kami.
dan dengan ini KP rekomenkan untuk anda menginap di sini dan merasai apa aktiviti dan keindahan alam semulajadi di sini seperti mana KP berada di sini selama 2 hari 1 malam. Kalau diikutkan ingin sahaja menyambung cuti kami tapi apakan daya masing-masing ada tugasan di bandar yang perlu di selesaikan.
Apabila bercuti di sini, satu sahaja yang KP pesan – letakkan jauh-jauh segala masalah, kerja yang tertangguh tidak kira hal pejabat atau sendiri ataupun stress dan nikmati segala saat yang ada di sini dengan menikmati keindahan, kenyamaan suasana sewaktu di sini. Lakukan sebanyak mana aktiviti yang ada di sini dengan senang hati, bergembiralah dan hayatilah setiap keindahan dari-nya. Pastinya selepas bercuti di sini, semangat itu akan kembali dengan sendiri
Oklah. Ini sahaja dari KP .. Walaupun hanya 2 hari 1 malam tapi pelbagai kenangan, aktiviti di lakukan di sini. Jadi jangan lupa tau klik The Haven Ipoh untuk promotion terbaru mereka. Terima kasih buat The Haven Ipoh dan PR kerana memberi peluang untuk KP sefamily. Syabas kerana mengekalkan keindahan alam semulajadi. Hingga ke temu lagi. Untuk rasai sendiri menginap di sini, jangan lupa layari
Hello, you used to write excellent, but the last several posts have been kinda boring… I miss your great writings. Past several posts are just a little bit out of track! come on!
Kaki ni tak sabar nak terjah, rasanyaaa macam nak pergi lepas PKPB ni