Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pelancaran Harold’s Bread Di Mydin USJ Meriah Kerana Roti & Pastri… |Adakah anda peminat roti atau pastri? Pastri seperti French Patisserie ataupun soft bun roll? Yang penting outlet bakeri ini terletak didalam hypermarket yang memudahkan anda untuk membeli dan memilih . Berkesempatan untuk hadir di pembukaan Harold’s Bread yang terletak di dalam Mydin USJ semestinya peluang keemasan kerana ramai yang kata setiap menu di sini ada kelebihan dan keenakkannya.
Harold’s Bread bukanlah nama baru di industri makanan terutama sekali dalam bidang bakeri . Satu kelainan yang boleh di kongsikan adalah mempunyai citarasa Asia yang diserapkan sewaktu pembikinan pastri mahupun roti
Lokasi di dalam Mydin USJ merupakan lokasi yang strategik dimana bukan setakat membeli tetapi boleh menikmatinya terus di sini. Lengkap dengan tempat makan yang simple sambil menghirup Harold’s Signature Coffee. Tidak semestinya kena di restoran atau cafe tetapi di sini pun boleh
Antara VVIP yang hadir sewaktu di majlis pelancaran
Harold’s Bakeri sebenarnya bukan baru di Malaysia dan rupanya outlet yang berada di Mydin USJ adalah yang ke 23. Kebetulan pula pelancaran Harold’s Bakeri ini dibuka pada tarikh 23 Februari yang mempunyai sama tanda kenangan . Adakah ianya kebetulan atau di rancang yang penting anda patut jadikan ianya satu persinggahan wajib jika berada di sini
Sebanyak 12 outlet Harold’s Bread telah dibuka di cawangan Mydin yang mana paling terkini adalah di Mydin USJ. Dan dijangkakan 10 atau lebih outlet akan dibuka pada tahun ini. Pada bulan Mei tahun ini juga Harold’s Bread akan dibuka di Kuantan.
Tidak lengkap jika pelancaran tanpa kek bukan . Kek yang cantik yang dihiasi ini telah dihasilkan oleh Chef Wing dan Chef Hwei Min dari Akademi Harold. Kedua-dua chef ini telah memenangi tempat kedua dalam acara Mondial Des Arts Sucres (International Confectionery Art Competition 2018 ) yang telah berlangsung di Paris baru-baru ini.
Kelainan outlet ini adalah ianya originality dari negara Eropah.. Memberi keunikkan dan menghidangkan pelbagai jenis hidangan bakeri dari pastri, roti mahupun manisan seperti kek, biskut dan lain-lain lagi. akeri dari negara Eropah ini ianya menawarkan pelbagai jenis hidangan pastri, roti dan kek antara yang cukup terkenal seperti “French Patisserie” serta roti sandwich, “Japanese Soft Bun” Swiss Roll dan banyak lagi.
Antara roti,pastri mahupun bakeri yang dihasilkan di Harold’s Bakery adalah HALAL kerna bahan-bahan yang digunakan adalah segar, berkualiti dan semestinya menjadikan hidangan terbaik. Pilihlah yang mana diantara
Ada juga Pix & Match dimana pilihan 3 pastri dengan RM 5
Kalau singgah waktu minum petang jangan lupa tau claim offer 20% off, apabila menikmati hidangan coffee atau kek
‘Italian Gourmet Coffee’ atau Harold’s Signature Coffee disediakan dari produk tempatan seperti “Malaysian White Coffee’.
Nak kan set sekali dengan air pun ada seperti set value meals. Tinggal pilih sahaja nak yang classic atau spicy mahupun kombo air panas atau sejuk. Dibakar segar setiap hari tanpa was was..
Sebagai penutup , jangan lupa dapatkan chocolate chip cookies or double chocolate chip cookies nie. Dah makan sekeping pasti sambung makan . Rangup, sedap dan tidak terlalu manis . Sesuai untuk minum petang atau di makan begitu sahaja
Lain orang lain citarasa tetapi tidak salah mencuba yang baru. Walaupun ada nama menu seperti pelik , cuba dulu dan rasa. takut nanti jatuh hati seperti KP dimana dalam seminggu 2 kali mesti singgah di sini. Siap beli untuk anak bawa bekal ke sekolah . Jadi nak maklumat lanjut layari
Website Harold’s : www.haroldsbread.com
Facebook Harold’s : www.facebook.com/Haroldsbread
Instagram Harold’s : www.instagram.com/harolds_bread