PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTRABANGSA HABIB, BEST!

PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTRABANGSA HABIB, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. HABIB Group yang menaungi jenama barang kemas tempatan terulung di Malaysia mula mengorak langkah untuk para pengguna.

PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTRABANGSA

Buat pertama kali menampilkan jenama-jenama dibawah naungan mereka di ruang legar IOI City Mall Putrajaya. Bermula dari 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022 ,

APA YANG BEZA?

Pameran ini adalah jenama-jenama yang dipamerkan berada di satu lokasi. Sekaligus memberikan pengalaman yang baharu kepada penggemar barangan kemas dan perhiasan mewah.

Antara pelbagai barangan berjenama adalah aksesori, jam tangan, minyak wangi, scarf, cermin mata dan barangan kulit.

KEMBANGKAN POTENSI PERNIAGAAN

Ini adalah diantara satu langkah untuk mengembangkan potensi perniagaan yang lebih meluas dalam industi barangan kemas dan fesyen.

Antara jenama dipamerkan adalah HABIB, Hearts on Fire, Stephen Webster, Korloff, Pandora, Tous dan Ice Watch.

-Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer Habib

PERTUNJUKAN FESYEN

Acara kemuncak di pameran barangan kemas antarabangsa adalah pertunjukan fesyen dari semua jenama dibawah naungan HABIB Group.

Menampilkan barisan peragawati yang menwakili negara asal jenama tersebut.

Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan koleksi eksklusif yang terkenal daripada HABIB – Oro Italia 916 serta barangan berlian dan batu permata.

Bermula dari jenama kecil, kini HABIB Group telah berkembang bukan saja menerusi jenama barangan tersendiri tetapi juga reputasi HABIB yang dipercayai.

Secara tidak langsung menyumbang kepada kerjasama dengan beberapa jenama terkenal antarabnagsa sebagai pengedar eksklusif di Malaysia.

MENANGI HADIAH BERNILAI RM10,000

Sepanjang pamera ini berlangsung, para pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000. Senang saja dengan menyertai peraduan media social yang diadakan.

Senantiasa ingin memberikan kelainan kepada peminatnya disamping menjaga kualiti barangan setiap jenama dengan harga yang mampu milik.  

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge