OXY ANTI-BLACKHEAD GEL ATASI MASALAH BINTIK HITAM, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pastinya stress bila ada bintik hitam ? Apatah lagi kalau kulit berminyak?
Bukan saja remaja mengalami masalah begini, kite yang dewasa pun boleh juga mengalaminya. Mana tak bintik hitam terbentuk akibat daripada lebihan ini serta daripada penambahan sel kulit mati di dalam folikel rambut.
OXY ANTI-BLACKHEAD GEL
OXY, antara jenama penjagaan kulit untuk remaja. Kini memperkenalkan OXY Anti-Blackhead Gel baharu yang dirumus khas untuk menangani masalah bintik hitam.
Ia lembut pada kulit sertaberkesan untuk menghilangkan bintik hitam yang biasanya muncul pada permukaan hidung. Bahan-bahan berkesan yang terdapat di dalam rumusan ini termasuklah:
ASID GLIKOLIK [AHA] & ASID SALISILIK [BHA]
Keduanya adalah bahan aktif yang menyasarkan lapisan kulit yang berlainan. Asid Glikolik mengelupas dan menyingkirkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit.
Manakala, Asid Salisilik menembus secara mendalam ke dalam kulit untuk membersihkan kotoran dan minyak. Yang mana terperangkap di dalam liang pori untuk memastikan kulit di permukaan hidung bersih dan licin.
EKSTRAK DAUN WINTERGREEN
Asid Salisilik yang digunakan dalam OXY Anti-Blackhead Gel baharu ini berasal daripada Ekstrak Daun Wintergreen. Ini merupakan Asid Salisilik 100% semula jadi.
Mempunyai manfaat penjagaan kulit seperti membersihkan kulit, menyingkirkan minyak berlebihan dan akhirnya membantu menghilangkan bintik hitam.
EKSTRAK DAUN WITCH HAZEL
Dengan kemungkinan adanya keradangan yang disebabkan oleh pengelupasan, OXY Anti-Blackhead Gel dirumus dengan Ekstrak Daun Witch Hazel,
Berfungsi untuk menenangkan kulit dan mengurangkan keradangan. Juga membantu mengecilkan liang pori untuk mengurangkan penampilannya pada bahagian yang bermasalah.
EKSTRAK CENTELLA ASIATICA ASLI
Ekstrak Centella Asiatica menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit, yang membantu memperbaharui dan memperbaiki sel-sel kulit.
Bahan ini juga didapati membantu menenangkan keradangan, melegakan kemerahan, dan memperbaiki kulit untuk mencapai tona kulit yang sekata.
Kaedah penyingkiran bintik hitam tradisional seperti penggunaan alat atau memicit dengan jari kita berisiko untuk menyebabkan parut yang kekal pada kulit.
Ini menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit; oleh itu, pengelupasan kimia yang lembut adalah pengantian yang wajar.
Produk baharu ini berharga RM14.90 (18g) dan boleh didapati di farmasi dan pasar raya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai OXY Anti- Blackhead Gel baharu, layari
Website |