NIPPON PAINT PERTINGKATKAN RANGKAIAN ANTI-VIRUS & ANTI BAKTERIA, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nippon Paint Malaysia (NPM), menyediakan penyelesaian salutan cat menyeluruh No. 1 Malaysia.
NIPPON PAINT
Kini melancarkan dua penyelesaian salutan cat anti-virus dan anti-bakteria tambahan. Kedua-dua produk ini dengan formula yang dipertingkatkan telah terbukti berkesan dalam mencegah penyebaran penyakit berjangkit termasuk COVID-19 (SARS-Cov-2).
#KEEPINGEVERYONESAFE
Produk yang dinaik taraf adalah sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan ini dalam #KeepingEveryoneSafe sambil meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia.
Rangkaian salutan cat termasuk
1) Spot-less Plus, dirumus dengan Teknologi Anti-Kotoran dengan kemasan rendah kilat yang sangat bagus.
2) Vinilex Fresh Plus, cat dengan kemasan matt yang kurang bau dan sifat kebolehbasuhan yang baik sesuai untuk dinding dalaman.
VIRUS GUARD
Penambahan produk ini akan melengkapkan cat dengan kemasan separa kilat VirusGuard sedia ada. Menentang pertumbuhan kulat serta memberikan VOC ultra rendah, kebolehbasuhan unggul dan warna yang tahan lama.
Permukaan dinding yang disentuh secara kerap boleh bertindak sebagai vektor penghantaran virus dan bakteria. Sesetengah bakteria, seperti E.coli mungkin kekal pada permukaan tidak bernyawa selama berbulan-bulan, manakala yis penyebab infeksi boleh bertahan selama berminggu-minggu.
Hal ini menekankan kepentingan untuk membasmi kuman dan membersihkan permukaan yang kerap disentuh secara berkala. Virus COVID-19 (SARS-CoV-2) juga daripada bawaan udara dan boleh kekal dan menular di udara sehingga beberapa jam.
TEKNOLOGI ION PERAK
Dirumus dengan Teknologi Ion Perak, salutan cat anti-virus dan anti-bakteria yang baru dipertingkatkan. Boleh memusnahkan mikrob dengan keberkesanan yang tinggi dan terbukti daripada laporan ujian makmal oleh Antimikrop R&D dan Makmal Analisis Biosidal
Yang mana 99.9% berkesan terhadap virus dan bakteria berbahaya pada permukaan yang dicat. Teknologi ini menghalang penyebaran virus dan bakteria melalui pendekatan tiga langkah.
- memusnahkan virus dan dinding sel bakteria atau membran menjadikannya tidak berfungsi,
- mengurangkan keupayaan pembiakan mereka,
- menghalang kelangsungan hidup mereka yang akhirnya menyebabkan kematian virus dan bakteria.
Encik Yaw Seng Heng, Pengarah Urusan Kumpulan, Kumpulan NPM berkata,
“Sebagai penyedia penyelesaian salutan cat menyeluruh No. 1 Malaysia, rangkaian produk anti-virus dan anti-bakteria mewakili usaha tanpa henti Nippon Paint Malaysia dalam mewujudkan ruang dalaman rumah, tempat kerja dan premis awam yang lebih selamat.
Kami percaya pelancaran rangkaian produk yang dipertingkatkan ini adalah tepat pada masanya kerana sekatan pergerakan sedang ditarik balik untuk menyediakan lapisan perlindungan tambahan kepada persekitaran kita.
Dalam usaha kami untuk memperjuangkan kesihatan dan kesejahteraan, kami sentiasa mencari peluang baharu dan penyelesaian inovatif untuk membawa nilai tambah kepada pelanggan kami sambil mencipta persekitaran yang indah dan sihat.”
Penolong Pengurus Besar Pemasaran, Datin Wong Meng Lee menambah,
“Memandangkan permukaan yang kita sentuh dalam rutin harian kita boleh memindahkan virus dan bakteria. R&D kami telah membangunkan salutan cat yang dirumus dengan Teknologi Ion Perak untuk melindungi dan mengubah dinding biasa menjadi permukaan yang lebih selamat.
Ia terbukti secara saintifik untuk memusnahkan 99.9% virus dan bakteria berbahaya pada permukaan dalaman yang dicat dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma termasuk kulat.
Barisan produk anti-virus dan anti-bakteria ialah cara yang inovatif dan mampan untuk mencipta persekitaran yang lebih sihat dan benar-benar selamat untuk manusia dan haiwan peliharaan. Sebagai pakar salutan cat, kami berusaha untuk terus mempromosikan keselamatan dan kesejahteraan dalaman untuk memastikan semua orang selamat”.
Tahun lepas, Nippon Paint mengumumkan keputusan ujian oleh Analytical Lab Group, yang menunjukkan keberkesanan VirusGuard terhadap Human Coronavirus, ATCC VR-740, strain 229E.
Keputusan menunjukkan pengurangan 99.9% dalam titer virus apabila terkena virus pada filem cat menjadikannya cat anti-mikrobial pertama yang dirumus dengan prestasi anti-virus dan anti-bakteria di Malaysia.
Cat ini juga boleh memusnahkan virus influenza seperti H1N1 (Selesema Babi), virus Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Coxsackievirus A16), dan bakteria, seperti E. coli, MRSA dan Staphylococcus Aureus.
Salutan cat yang mesra alam ini terdapat dalam pelbagai pilihan warna dan sangat disyorkan untuk digunakan di mana-mana ruang dalaman, baik di kediaman dan kawasan komersial (seperti institusi kesihatan, hotel, pejabat, restoran dan pusat pendidikan).
Cat ini juga menawarkan faedah fungsi lain seperti anti-kulat, kurang bau, VOC ultra-rendah, anti kotoran, kebolehbasuhan yang unggul, warna tahan lama dan penyelenggaraan yang mudah.
Rangkaian salutan cat anti-virus dan anti-bakteria baharu yang dipertingkatkan tersedia dalam pelbagai pilihan warna untuk mencantikkan ruang kediaman dan tempat kerja anda.
Ia berkesan terhadap virus dan bakteria dalam masa 6 jam selepas pendedahan kepada permukaan yang dicat untuk mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selamat untuk semua orang.
Untuk maklumat lanjut tentang Rangkaian Anti-Virus dan Anti-Bakteria Nippon Paint, sila lawati Outlet Nippon Paint Color Creations terdekat untuk mengesahkan pilihan warna anda, atau layari
Website |