OST DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT OLEH SYAFEEK IKHWAN, BEST!

OST DRAMA BUKAN LELAKI TERHEBAT OLEH SYAFEEK IKHWAN, BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bukan nama baru dalam bidang hiburan dan pastinya gembira apabila lagu menjadi OST salah satu drama di TV3.

SYAFEEK IKHWAN

Single terbaharu Syafeek Ikhwan berjudul Lafaz dilancarkan pada 30 Disember 2022 di semua pelantar digital dan di saluran Youtube Alternate Records & Talents 

Sebuah naskah balada yang pasti akan menyentuh jiwa para pendengar dengan lirik lagu yang mempunyai maksud mendalam.

JUARA PERTANDINGAN REALITI

Syafeek Ikhwan, juara pertandingan nyanyian i-Sing Dunia 2018 di Perancis. Juga juara program realiti Lagu Cinta Kita 3 terbitan TV3 bersama Zazo Maulana.

Penyanyi berbakat besar ini terus mencuri perhatian para penggemar muzik tanah air dengan karya baharu beliau. 

LIRIK AGAK UNIK

“Saya merasakan bait-bait liriknya sangat unik kerana ia mengisahkan sepasang kekasih yang menyesal kerana tidak menghargai apa yang ada di depan mata.

Mereka ingin menebus kesalahan, memulihkan hubungan yang keruh dan mengharapkan peluang kedua. Namun semuanya sia-sia kerana ia hanyalah fantasi semata-mata dan bukan realiti.

LAFAZ BERMAKSUD

Lagu Lafaz membawa mesej kepada para pendengar terutamanya mereka yang mempunyai pasangan hidup agar sentiasa menghargai orang di sekeliling. Kerana belum tentunya ia akan kekal di sisi.

Syafeek berharap agar semua pendengar dapat menghayati bait-bait lirik yang mempunyai mesej positif untuk kongsi bersama.

Syafeek juga berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi semangat untuk saya terus berkarya.”

OST BUKAN LELAKI TERHEBAT

Lafaz juga merupakan runut bunyi kepada drama Bukan Lelaki Terhebat yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 26 Januari 2023.

Drama bersiri 15 episod ini diinspirasikan dari novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad merupakan terbitan Orangetree Production.

Diarahkan oleh Eoon Shuhaini menampilkan Adam Lee dan Sweet Qismina sebagai pelakon utama.

Lafaz sesuai dengan jalan penceritaan drama bersiri ini kerana ia mengisahkan cinta 3 segi dan membawa mesej untuk menghargai hubungan yang sedia ada. 

Youtube Alternate

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge